Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan SEA: Lima Wakil Badminton Malaysia Layak Ke Suku Akhir

Athirah
Lima Wakil Badminton Malaysia
Kredit: Bernama

Sukan SEA: Lima Wakil Badminton Malaysia Layak Ke Suku Akhir

BANGKOK, 11 Dis (Bernama) — Lima wakil Malaysia mara ke suku akhir badminton Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, hari ini.

Pemain perseorangan lelaki negara yang juga pilihan keempat Leong Jun Hao, mengambil masa 32 minit untuk menewaskan Vixunnalath Phichith dengan kemenangan 21-15, 21-15 di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.

Pemain ranking ke-28 dunia itu akan berhadapan pemain tuan rumah Panitchaphon Teeraratsakul, yang sebelum itu membenam Phone Pyae Naing dari Myanmar, 21-9, 21-10.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh, mencipta kejutan apabila menundukkan pilihan ketiga dari Singapura Jason Teh, 22-20, 21-15 dalam perlawanan 50 minit.

Pemain berusia 21 tahun itu bakal beraksi menentang Kantaphon Wangcharoen dari Thailand selepas menewaskan Hein Htut dari Myanmar, 21-10, 21-13.

Dalam acara perseorangan wanita K. Letshanaa dan Wong Ling Ching mara ke suku akhir selepas masing-masing menewaskan dua wakil Singapura Jaslyn Hooi 21-17, 22-20 dan Insyirah Khan 21-16, 21-15.

Letshanaa akan bertemu pilihan utama dari Indonesia Putri Kusuma Wardani, yang menerima bye pada pusingan pertama.

Ling Ching pula akan berentap dengan Ni Kadek Dhinda Amartya, juga dari Indonesia, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan pemain Vietnam Nguyen Thuy Linh, 16-21, 22-20, 21-14.

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tidak berdepan banyak masalah untuk menewaskan pasangan Solomon Jr. Padiz–Mary Destiny Untal 21-8, 21-14 dalam masa 26 minit.

Pasangan nombor 21 dunia itu akan berdepan pilihan kedua dan pilihan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, yang menerima bye pada pusingan pembukaan, di suku akhir esok.

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.

BACA: Wanita Minta Sunting Gambar Bersama Arwah Anak, Hasilnya Buat Netizen Sebak
BACA: “Tak Pernah Rasa Bosan,” Lelaki Indonesia Akui Sering Ke Malaysia Sebab Perkara ‘Ini’

Sumber: Bernama