Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan SEA: Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

Hannah
Puripol Pelari
Sumber: BERNAMA

Sukan SEA: Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

BANGKOK, 11 Dis (Bernama) — Jaguh pecut Thailand Puripol Boonson menampilkan larian luar biasa dengan menjadi pelari pertama di Asia Tenggara mencatatkan masa di bawah 10 saat (s) bagi 100 meter (m) lelaki pada aksi saringan pertama Sukan SEA Thailand 2025 di sini, hari ini.

Puripol menamatkan mengungguli peringkat saringan dengan catatan 9.94s sekali gus memecahkan rekod dipegang wakil Indonesia Lalu Muhammad Zohri iaitu 10.03s di Osaka, Jepun, pada 2019.

Kejayaan itu juga meleburkan rekod temasya sukan dwitahunan tersebut selama 16 tahun dipegang Suryo Agung Wibowo dari Indonesia, pada edisi 2009 di Laos menerusi catatan 10.17s.

Sementara itu, dua atlet negara Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Jonathan Nyepa masing-masing layak ke saingan akhir, dijadual berlangsung pukul 6.50 petang ini.

Danish muncul pelari kedua terpantas pada peringkat saringan, dengan mencatatkan 10.18s manakala Jonathan Nyepa pula melakukan 10.48s.

Catatan dilakukan Danish itu juga mengatasi pencapaian peribadi terbaik sebelum ini 10.26s, yang semasa merangkul emas 100m lelaki pada Terbuka Malaysia di Kangar pada Ogos.

Sumber: BERNAMA