Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan SEA Thailand: Jadual Aksi Atlet Malaysia 10 Disember 2025

Iqbal Yasir
jadual malaysia sukan sea 10 disember
Gambar: Bernama

Sukan SEA Thailand: Jadual Aksi Atlet Malaysia 10 Disember 2025

Pemburuan pingat emas Sukan SEA Thailand oleh kontinjen negara kini diteruskan memasuki saingan hari kedua pada hari ini.

Acara yang paling mencuri tumpuan sudah pasti aksi final badminton berpasukan lelaki mempertemukan skuad negara dengan musuh tradisi, Indonesia, di Pathum Thani pada jam 4.00 petang ini.

Selain itu, skuad lelaki dan wanita hoki 5’s negara akan turun dalam aksi separuh akhir, di mana kedua-duanya akan berdepan Filipina, masing-masing pada jam 10.00 pagi 12.00 tengah hari ini.

Jika layak ke final, mereka akan turun bagi perlawanan penentuan pingat emas pada jam 4.00 petang ini.

Selain itu, skuad polo negara juga akan bertemu Filipina bagi perlawanan penentuan pingat gangsa di Bangkok pada jam 5.00 petang ini.

Berikut senarai jadual kontinjen negara yang berlangsung hari ini;

Gambar: Majlis Sukan Negara
Gambar: Majlis Sukan Negara
Gambar: Majlis Sukan Negara
Gambar: Majlis Sukan Negara
Gambar: Majlis Sukan Negara
Gambar: Majlis Sukan Negara
Gambar: Majlis Sukan Negara

Sumber: Majlis Sukan Negara