Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan SEA Thailand: Miki Ghazali Sambar Emas

Iqbal Yasir
Miki Ghazali emas sukan sea thailand
Gambar: Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Miki Ghazali Sambar Emas

Petarung muay thai negara, Miki Ghazali Zulfikar, menepati ramalan selepas menyambar pingat acara featherwieght 57 kg di Sukan SEA Thailand sebentar tadi.

Meskipun baru berusia 16 tahun, Miki tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil tuan rumah yang tujuh tahun lebih tua, Sirilun Suphakon di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Dalam tiga pusingan yang dimainkan, Miki berjaya mendominasi dua pusingan dengan pungutan mata 10-9 biarpun tewas 9-10 dalam pusingan terakhir.

Namun ia, sudah cukup untuk petarung muda itu meraih emas dengan keputusan 29-28.

Sebak apabila diumumkan pemenang

Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, petarung muda negara itu dilihat tidak dapat menahan sebak sambil ditemani abangnya, Johan Ghazali (Jojo).

Untuk makluman, kemenangan ini merupakan emas ketiga bagi kem muay thai negara selepas Angie Yan mengungguli acara wai kru wanita dan Wassof Rumijam memenangi emas bantamweight 54kg.

Tahniah Miki!

Sumber: Astro Arena, TVS

BACA: Sukan SEA 2025: Jonah Sambar Emas, Cipta Rekod Baharu Temasya

BACA: Pensyarah Indonesia Dedah Sebab Pelabur Lebih Pilih Malaysia Berbanding Negaranya