Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SUKMA 2024: Polis Buka Kertas Siasatan Insiden Di Gelanggang Silat

Iqbal Yasir
polis silat sukma
Gambar: Bernama

SUKMA 2024: Polis Buka Kertas Siasatan Insiden Di Gelanggang Silat

MIRI, 22 Ogos (Bernama) — Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

“Polis telah menerima satu laporan daripada pihak jawatankuasa terlibat dengan penganjuran SUKMA berkaitan kejadian itu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan termasuk terhadap rakaman video yang tular membabitkan insiden itu semalam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya pada masa sama akan meningkatkan keanggotaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati sejumlah anggota polis melakukan kawalan di gelanggang sukan silat yang berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Acara Putri Kelas 45 kilogram ke bawah antara pesilat Sarawak Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan Nurin Alyaa Damia Mohd Masran petang semalam dicemari insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang.

Insiden itu difahamkan bersangkut paut dengan sistem pemarkahan dipapar pada skrin sekali gus menimbulkan ketidakpuasan hati penonton.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Penerbangan Bawa 40 Warga Palestin Untuk Rawatan Di Malaysia Selamat Berlepas

BACA JUGA: Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia