Siakap Keli
Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia

Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia

Seperti yang diketahui, sukan bola sepak merupakan ‘ibu’ kepada sukan-sukan lain dengan ia mempunyai peminat dan penyokong fanatik terbesar di dunia.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ia begitu diminati oleh peminat meliputi setiap lapisan masyarakat, tidak kira lelaki mahupun wanita.

Bahkan, penyokong bola sepak sering dianggap sebagai ‘pemain ke-12’ bagi setiap kelab, lebih-lebih lagi ketika menyaksikan perlawanan yang berintensiti tinggi.

Seiring dengan itu, terdapat banyak kelab dari setiap benua yang semakin popular kerana prestasi cemerlang yang berjaya menambat hati para peminat.

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya kelab bola sepak manakah yang mempunyai paling ramai peminat?

Untuk menjawab persoalan ini, SK hari ini bawakan senarai 10 kelab bola sepak dengan jumlah pengikut terbanyak berdasarkan data di media sosial.

10. Arsenal

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah: 99.2 juta

Facebook: 42 juta

Instagram: 28.5 juta

X: 22.2 juta

TikTok: 6.5 juta

Bercakap tentang sejarah kelab Arsenal, The Gunners merupakan kelab paling berjaya di London dan salah satu yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Dengan pencapaian gemilang mereka, tidak hairanlah Arsenal mempunyai ‘tentera’ peminat setia di London.

Namun, pengaruh Arsenal tidak terhenti di situ sahaja. Kelab ini juga memiliki ramai peminat di seluruh dunia, sama ada dari kalangan peminat biasa atau fanatik yang sentiasa menyokong kelab dengan penuh semangat.

9.  Bayern Munich

Gambar: AFP

Jumlah 126.5 juta

Facebook: 60 juta

Instagram: 41.2 juta

X: 6.9 juta

TikTok: 18.4 juta

Kedatangan bekas penyerang prolifik Spurs, Harry Kane, ke Jerman pada musim lalu telah menarik minat ramai peminat bola sepak Inggeris, terutama mereka yang mengikuti perkembangan karier Kane.

Kehadirannya di kelab gergasi Bundesliga ini telah menambahkan lagi daya tarik kelab tersebut di mata peminat antarabangsa.

Kelab ini telah membuktikan statusnya sebagai salah satu kelab terbaik di Eropah dan dunia, seperti yang dilihat daripada jumlah pengikut di media sosial.

Selain itu, kelab ini juga terkenal kerana melahirkan beberapa pemain terbaik dunia seperti Philipp Lahm, Franck Ribery, Arjen Robben, Robert Lewandowski dan Joshua Kimmich.

8. Liverpool

Gambar: AFP

Jumlah: 131.6 juta

Facebook: 46 juta

Instagram: 44.1 juta

X: 24.2 juta

TikTok: 17.3 juta

Liga Perdana Inggeris dikenali sebagai liga bola sepak paling popular di dunia, dengan lebih daripada 643 juta peminat dari seluruh dunia menontonnya setiap musim.

Di antara pasukan-pasukan yang bersaing dalam liga ini, Liverpool adalah salah satu yang paling menonjol.

Liverpool mencapai populariti yang lebih besar di mata dunia apabila berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2020, sekali gus mengakhiri penantian 30 tahun trofi liga.

Kemenangan ini memperkukuhkan lagi reputasi kelab yang terkenal dengan slogan ‘You Never Walk Alone’ (YNWA) itu.

Sebagai salah satu pasukan paling berjaya dalam bola sepak Inggeris, Liverpool telah meraih 19 kejuaraan liga dalam tempoh 92 tahun.

Sepanjang sejarahnya, Liverpool telah menampilkan pemain-pemain legenda seperti John Barnes, Kenny Dalglish, Steven Gerrard, Luis Suarez, Fernando Torres, dan kini, Mo Salah, yang terus memukau peminat dengan kehebatan mereka di atas padang.

7. Chelsea

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah 136.7 juta

Facebook: 54 juta

Instagram: 42 juta

X: 25.4 juta

TikTok: 15.3 juta

Chelsea merupakan rival tradisi kepada Arsenal, kerana kedua-dua kelab ini berasal dari London.

Persaingan antara mereka sering mencetuskan perlawanan yang sengit di padang dan perhatian yang besar dari peminat.

Chelsea pernah melalui era kegemilangan, terutama pada pertengahan 2000-an, ketika mereka memiliki barisan pemain bintang dan berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris pada edisi 2005 dan 2007.

Kejayaan terakhir Chelsea di EPL adalah pada musim 2015, memperkukuhkan status mereka sebagai salah satu kelab elit di England.

Kini, The Blues memiliki lebih daripada 136 juta pengikut di media sosial, membuktikan populariti mereka di kalangan peminat bola sepak global.

6. Manchester City

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah: 139.7 juta

Facebook: 49 juta

Instagram: 50.4 juta

X: 17.3 juta

TikTok: 23 juta

Berbanding sedekad yang lalu, Manchester City mungkin tidak begitu dikenali kerana kelab ini bukanlah pencabar utama dalam liga.

Namun, keadaan berubah drastik sejak kebelakangan ini, apabila The Citizens muncul sebagai salah satu kelab paling digeruni dalam era moden bola sepak.

Perubahan besar ini bermula dengan pengambilalihan oleh jutawan Emirat, Sheikh Mansour, yang membawa masuk pelaburan besar ke dalam kelab.

Dengan sumber kewangan yang kukuh, Manchester City mula menarik perhatian dunia bola sepak.

Kebangkitan City sebagai kuasa besar bola sepak semakin lengkap dengan kehadiran Pep Guardiola sebagai pengurus pasukan.

Di bawah bimbingannya, City mencapai kemuncak prestasi dan menjadikan kelab ini antara yang terkuat di Eropah dan dunia.

5. Juventus

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah 147.4 juta

Facebook: 47 juta

Instagram: 60.2 juta

X: 10 juta

TikTok: 30.2 juta

Tidak perlu diragukan lagi, Juventus adalah salah satu kelab bola sepak Itali yang paling berjaya dalam sejarah.

Dengan rekod cemerlang di Serie A dan Eropah, Juventus telah melahirkan ramai bintang bola sepak yang menjadi legenda, seperti Andrea Pirlo, Gianluigi Buffon dan Alessandro Del Piero.

Kejayaan kelab ini bukan sahaja menarik perhatian peminat di Itali, tetapi juga di seluruh dunia.

Dikenali dengan warna tradisi hitam putih, Juventus telah membina reputasi sebagai salah satu kelab paling dihormati dalam bola sepak global.

4. Paris Saint Germain (PSG)

Gambar: AFP

Jumlah: 163 juta

Facebook: 52 juta

Instagram: 65.3 juta

X: 4.7 juta

TikTok: 41 juta

Sebelum pengambilalihan oleh Qatar Sports Investments pada tahun 2011, Paris Saint-Germain (PSG) bukanlah sebuah kelab yang begitu dikenali di arena bola sepak antarabangsa seperti hari ini.

Namun, dengan sokongan kewangan yang kukuh dari pemilik baharu, PSG mengalami transformasi besar.

Kekayaan pemilik kelab ini membolehkan PSG menarik masuk ramai pemain bintang, termasuk Kylian Mbappé, Neymar, Zlatan Ibrahimović, Edinson Cavani dan Lionel Messi.

Kehadiran pemain-pemain hebat ini bukan sahaja mengukuhkan pasukan tetapi juga melonjakkan populariti PSG di seluruh dunia.

Kini, PSG merupakan salah satu kelab bola sepak dengan peminat yang ramai, menjadikannya kuasa besar yang dihormati di peringkat global.

3. Manchester United

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah: 207 juta

Facebook: 82 juta

Instagram: 63.2 juta

X: 37.5 juta

TikTok: 24.3 juta

Selain Liverpool, Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak Inggeris yang paling terkenal di seluruh dunia.

Populariti The Red Devils melonjak melalui kejayaan luar biasa di bawah bimbingan jurulatih legenda, Sir Alex Ferguson, yang membawa kelab ini meraih 20 gelaran Liga Inggeris, termasuk 13 daripadanya di bawah kepimpinan jurulatih dari Scotland tersebut.

Kejayaan yang diraih oleh Manchester United tidak hanya menempatkan mereka di puncak bola sepak Inggeris, tetapi juga menarik minat peminat dari hampir setiap pelusuk dunia.

Hasilnya, Manchester United kini mempunyai lebih daripada 200 juta pengikut di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok, menjadikannya salah satu kelab paling popular di dunia.

2. Barcelona

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah: 318.8 juta

Facebook: 113 juta

Instagram: 125 juta

X: 48.5 juta

TikTok: 32.3 juta

Barcelona telah lama dikenali sebagai salah satu kuasa besar bola sepak, terutamanya dalam beberapa dekad yang lalu.

Kelab ini berbangga dengan ‘rumahnya’, Camp Nou, yang merupakan stadium terbesar di Eropah, mampu menampung sehingga 99,000 penyokong.

Kapasiti yang besar ini sendiri sudah cukup untuk membuktikan betapa popularnya Barcelona di kalangan peminat bola sepak global.

Selain itu, Barcelona juga terkenal kerana melahirkan banyak bakat luar biasa, termasuk legenda seperti Lionel Messi, Xavi, Andres Iniesta, Luis Suarez, Thierry Henry dan Samuel Eto’o.

Malah, kelab ini terus mencungkil prospek baharu yang hangat, seperti Lamine Yamal, yang dijangka bakal menyinar di masa hadapan.

1. Real Madrid

Kelab Peminat Paling Ramai
Gambar: AFP

Jumlah: 360.5 juta

Facebook: 121 juta

Instagram: 151 juta

X: 49.8 juta

TikTok: 38.7 juta

Jika ditanya mengenai kelab terbaik sepanjang zaman, jawapannya sudah tentu Real Madrid.

Dengan mengumpulkan 15 gelaran Liga Juara-Juara, tidak perlu diragukan lagi mengapa Real Madrid dianggap sebagai kelab terbaik dan dikenali peminat dari seluruh dunia.

Real Madrid juga boleh dianggap sebagai kelab yang paling berharga, dengan berjaya menyatukan bintang-bintang muda di bawah satu payung.

Antara pemain-pemain muda berbakat yang kini beraksi untuk Real Madrid termasuk Jude Bellingham, Eduardo Camavinga, Aurelien Tchouameni, serta prospek masa depan seperti Kylian Mbappe, Arda Guler dan Brahim Diaz.

Gambar: AFP

Sekadar info, Cristiano Ronaldo, bekas bintang Real Madrid, mempunyai lebih 635 juta pengikut di Instagram, jumlah yang melebihi pengikut mana-mana kelab bola sepak, manakala Lionel Messi pula mempunyai lebih 504 juta pengikut.

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Mampu Muatkan 92 Ribu Penonton, Arab Saudi Rancang Bina Stadium Terbesar Dunia

BACA: Kenal Siapa Glazers? Inilah Pemilik Kelab Manchester United

Sumber: Jobs In Football

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.