Siakap Keli
Stadium King Salman
Gambar: SPA

Mampu Muatkan 92 Ribu Penonton, Arab Saudi Rancang Bina Stadium Terbesar Dunia

Mampu Muatkan 92 Ribu Penonton, Arab Saudi Rancang Bina Stadium Terbesar Dunia

Arab Saudi telah mengumumkan rancangan besar-besaran untuk membina Stadium Raja Salman di Riyadh menjelang suku keempat tahun 2029, lapor Middle East Economy.

Suruhanjaya Diraja Bandaraya Riyadh dan Kementerian Sukan telah mengumum dan mendedahkan reka bentuk stadium berkenaan termasuk fasiliti sukannya.

Difahamkan, Stadium Raja Salman mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 92,000 penonton dan merangkumi kawasan melebihi 660,000 meter persegi, menjadikan ia sebagai salah satu arena sukan terbesar di dunia.

Stadium tersebut akan berfungsi sebagai tempat utama bagi pasukan kebangsaan Saudi, selain tempat penganjuran acara serta aktiviti sukan utama.

Arab saudi Stadium terbesar
Gambar: SPA

Terletak di utara Riyadh di sepanjang Jalan Raja Salman, stadium ini berdekatan dengan lokasi penting bandar seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Stesen Metro Riyadh dan jalan raya utama, memastikan akses mudah dari semua bahagian bandar.

Stadium ini mempunyai kemudahan sukan merangkumi beberapa kemudahan bagi pelbagai aktiviti sukan, termasuk pusat komersial dan kawasan rekreasi yang boleh diakses oleh semua peringkat umur sepanjang hari.

Selain itu, Stadium Raja Salman akan mempunyai kapasiti tempat duduk 92,000, termasuk kotak diraja dengan 150 tempat duduk, 120 suite hospitaliti, 300 tempat duduk VIP, dan 2,200 tempat duduk untuk tetamu kenamaan.

Gambar: SPA

Bahkan, ia turut merangkumi dua padang latihan, zon peminat, dewan sukan tertutup, kolam renang berukuran Olimpik, trek atletik, dan gelanggang luar untuk bola tampar, bola keranjang dan padel tenis.

Menariknya lagi, stadium itu juga akan termasuk sistem penyejukan lestari untuk tempat duduk penonton dan padang permainan, skrin dalaman yang luas untuk penonton, taman dalaman dan trek berjalan dengan pemandangan Taman Raja Abdulaziz.

Pembinaan stadium itu merupakan sebuah mercu tanda seni bina negara itu dalam bersiap sedia untuk menganjurkan acara sukan utama tempatan dan antarabangsa, selain meningkatkan kualiti hidup di Riyadh sebagai salah satu bandar paling sesuai untuk didiami di dunia.

BACA: Boleh Muat 20 Bangunan Empire State, Kenali Projek Kiub Gergasi Arab Saudi “Mukaab”

BACA: Kenali Larry, Si Bulus Yang ‘Bertugas’ Di Pejabat Perdana Menteri UK

BACA: Kenali Battersea Power Station, Mercu Tanda Milik Malaysia Di London

Sumber: Middle East Economy

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.