Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
mukaab kiub gergasi arab saudi
Kredit: Public Investment Fund

Boleh Muat 20 Bangunan Empire State, Kenali Projek Kiub Gergasi Arab Saudi “Mukaab”

Boleh Muat 20 Bangunan Empire State, Kenali Projek Kiub Gergasi Arab Saudi “Mukaab”

Satu lagi projek ikonik bakal dibina di Arab Saudi selepas satu pengumuman yang dibuat oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Februari lepas.

Menurut Tabun Pelaburan Awam Arab Saudi, projek berkenaan merupakan projek pembinaan sebuah kiub gergasi, Makaab yang bakal menempatkan pelbagai kemudahaan.

Perkara berkenaa didedahkan oleb baginda ketika melancarkan rancangan New Murabba Developement Co, iaitu pembangunan semula terhadap ibu kota Riyadh.

Makaab merupakan sebuah kiub gergasi yang boleh memuatkan sehingga 20 buah bangunan bersaiz Empire State. Projek itu dirancang menjadi sebuah ”pusat bandar terbesar dan moden di dunia” yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Struktur yang sangat besar ini memiliki rupa seakan-akan bangunan di dalam sebuah filem fiksyen. Ia turut menjanjikan kemudahan futuristik yang mengagumkan kepada pengunjungnya pada masa yang akan datang.

Berikut merupakan beberapa perkara mengenai Mukaab, projek kiub gergasi di Arab Saudi

Nama Mukaab diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud, bentuk kiub yang bersesuaian dengan rekaannya yang berbentuk kiub.

Memiliki dimensi yang besar iaitu 400 meter bagi setiap sisi, Mukaab dijangka akan menjadi struktur binaan terbesar di dunia.

Untuk makluman, struktur ini dibina dengan menggunakan unsur seni bina Najdi klasik.

Mukaab dikatakan bakal menjadi destinasi pengalaman maya pertama di dunia. Teknologi luar biasa ini bakal membawa anda menyelami alam futuristik seakan-akan menetap di bandar-bandar yang terdapat dalam babak filen sains fiksyen.

Struktur ini dijangka bakal memuatkan sebuah menara besar yang terletak di atas tapak berpilin dan menawarkan pemandangan yang tiada tolok bandingnya.

Pada bahagian atasnya pula, ada struktur yang berkeluasan dua juta meter persegi yang menawarkan pengalaman hospitaliti mewah.

Bahagian dalamannya pula dimuatkan dengan pelbagai teknologi VR yang dapat memberikan peluang kepada pengunjungnya untuk melihat pemandangan yang unik.

Mukaab boleh dianggap sebagai ‘pintu ke dunia lain’ yang bertujuan untuk membawa pengalaman premium ketika membeli belah, kediaman, hospitaliti, makan dan hiburan di Riyadh.

Walaupun bagaimanapun, rekaan ‘Mukaab’ telah meraih kritikan daripada orang ramai, walaupun rekaannya bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

Salah satu kritikan yang dilemparkan adalah bentuk kiub pada rekaan Mukaab seakan-akan menyerupai kiblat suci umat Islam, Kaabah di Mekah.

Mengenai projek New Murabba

Mukaab bertindak sebagai tarikan utama dalam projek New Murabba. Projek pembangunan terbaharu Riyadh ini bakal menyediakan keluasan keseluruhan lebih daripada 25 juta meter persegi.

Projek New Murabba bakal menempatkan 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel, 980,000 meter persegi bagi ruangan perniagaan, 1.4 juta meter persegi untuk ruangan pejabat.

Ini termasuk, aset liburan berkeluasan 620,000 meter persegi dan 1.8 juta meter persegi kemudahan komuniti, lapor Arab News.

Selain itu, ia juga dijangka mempunyai muzium, universiti teknologi dan reka bentuk, teater serbaguna dan lebih 80 tempat hiburan dan kebudayaan.

Agensi berita tersebut turut mengatakan, penggunjung hanya perlu berjalan kaki ke New Murabba selama 15 minit melalui sistem pengangkutan dalamannya.

Manakala, jarak ke lapangan terbang berdekatan hanya sekitar 20 minit melalui pemanduan kereta.

Bilakah masa pengunjung untuk dapat merasai pengalaman ke tempat ini? Jawapannya, Mukaab dijangka akan dibuka pada tahun 2030 di bawah pimpinan Putera Mahkota.

BACA: Dubai Bakal Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Di Dunia

Sumber: Travel and Leisure Asia