Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sultan Perak Tidak Benarkan Imam Dari Luar Negara Mengimamkan Solat Sunat Tarawih Di Negeri Perak

Edayu
Gambar Hiasan

Aura Ramadhan sudah dekat dengan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Tinggal beberapa hari saja lagi. Pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar untuk menunaikan solat sunat Tarawih bersama-sama keluarga di rumah atau surau dan masjid.

Di Perak, satu kenyatan daripada Jabatan Mufti Negeri Perak mengenai perlaksanaan solat sunat Tarawih berimamkan iman dari luar negara untuk negeri Perak.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah untuk tidak membenarkan iman-iman dari luar negara untuk menjadi imam solat sunat Tarawih di masjid dan suarau di negeri Perak.

Untuk menjunjung Titah Tuanku, Jabatan Mufti Negeri Perak mengesyorkan agar seluruh masjid dan surau di Perak menggunakan khidmat pelajar-pelajar daripada tahfiz tempatan sahaja.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak