Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sunway Property Sasarkan RM4.2 Bilion Jualan 2026

SUNWAY

Sunway Property Sasarkan RM4.2 Bilion Jualan 2026

Sunway Property, cabang hartanah Kumpulan Sunway yang dikenali sebagai ‘Pemaju Komuniti Induk’, menetapkan sasaran jualan RM4.2 bilion bagi 2026, disokong oleh perancangan projek bernilai RM4.8 bilion di Malaysia serta beberapa pasaran serantau utama.

Sasaran ini ditetapkan susulan prestasi kukuh pada tahun 2025, apabila syarikat melepasi sasaran RM3.6 bilion dan merekodkan jumlah jualan RM3.8 bilion meningkat daripada RM3.0 bilion pada 2024 dan RM2.4 bilion pada 2023.

Momentum pertumbuhan ini mencerminkan keyakinan pembeli, pelaksanaan yang berdisiplin serta permintaan kukuh terhadap pembangunan berperancangan induk yang strategik dan menawarkan nilai jangka panjang.

Seiring Malaysia memasuki fasa transformasi yang dipacu oleh Pelan Malaysia ke-13, pelaburan infrastruktur berskala besar serta penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), strategi Sunway Property kekal sejajar dengan keperluan pembeli rumah dan pelabur yang mementingkan kesalinghubungan, kehidupan bersepadu dan pemeliharaan nilai aset.

Dengan hasil belum dibilkan berjumlah RM9.5 bilion setakat 31 Disember 2025, Sunway Property berada pada kedudukan kukuh untuk menjana pertumbuhan mampan melalui falsafah ‘Pemaju Komuniti Induk’, rangka kerja Seni Bina Reka Bentuk & Pembangunan Sunway (SDDA), serta model Bina–Miliki–Operasi (BOO).

“Pembeli rumah hari ini lebih teliti dan berorientasikan nilai. Mereka mengutamakan kepastian, kebolehdiaman dan nilai jangka panjang bukan sekadar memiliki sebuah unit. Prestasi kami pada 2025 mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan Sunway Property untuk membangunkan, memantapkan dan menyokong komuniti dalam jangka panjang. Fokus dan disiplin konsisten inilah yang menjadi asas kepada sasaran jualan RM4.2 bilion kami bagi tahun 2026,” ujar Pengarah Urusan Sunway Property, Chung Soo Kiong.

Cerapan Pasaran Membentuk Perancangan 2026 Sunway Property

Menurut laporan Knight Frank’s Malaysia Real Estate Highlights 2H 2025, hartanah kediaman menyumbang 61.4% daripada keseluruhan transaksi hartanah di peringkat nasional, dipacu oleh pembeli yang mengutamakan kualiti, kesalinghubungan dan nilai jangka panjang dalam persekitaran pasaran yang lebih selektif.

Permintaan terus tertumpu pada pembangunan bandar strategik di Lembah Klang, manakala Johor menyaksikan peningkatan minat rentas sempadan yang dipacu oleh JS-SEZ dan kesalinghubungan RTS. Pulau Pinang pula kekal menarik pelaburan berteraskan teknologi.

Perubahan tingkah laku pembeli ini turut ditunjukkan dalam penglibatan digital serantau Sunway Property, dengan lebih 93% trafik laman web korporat pada tahun 2025 datang daripada pasaran utama tempatan dan antarabangsa, termasuk Singapura dan China.

Kedua-dua pasaran ini menunjukkan momentum kukuh sepanjang tahun, dengan Singapura mencatat peningkatan hampir 40% pelawat, manakala China merekod lonjakan ketara menjelang akhir tahun.

Minat digital ini turut diterjemahkan kepada pembelian sebenar projek Sunway Property, dengan pembeli antarabangsa meningkat daripada sekitar 6% pada tahun 2023 kepada 15% pada tahun 2025.

Singapura kekal sebagai pasaran pembeli asing terbesar, seiring peningkatan penyertaan dari China, Taiwan serta pasaran serantau dan antarabangsa lain, menyerlahkan daya tarikan Sunway Property dalam kalangan pembeli dan pelabur rentas sempadan.

Pelancaran Projek 2026 di Malaysia dan Pasaran Serantau

Sebagai respons langsung kepada dinamik pasaran ini, dan berpandukan teras SDDA, Kelestarian, Inovasi, Kesihatan & Kesejahteraan, serta Gaya Hidup & Pengalaman Baharu, projek Sunway Property pada 2026 akan terus disesuaikan dengan keutamaan pembeli. Pendekatan ini diperkukuh oleh model BOO, yang membolehkan pengendalian dan pemeliharaan aset utama dilaksanakan secara berterusan dalam setiap pembangunan.

Johor: Di Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) yang merangkumi 2,000 ekar, Sunway Property bakal memperkenalkan fasa kedua Sunway Sakura, yang menampilkan rumah berkembar separuh. Ini juga akan dilengkapkan dengan dua pembangunan kediaman tambahan apartmen servis dan rumah berkembar bersambung, bersama komponen gaya hidup termasuk Jeffrey Cheah Circuit dan Sunway Puteri Hills, sekali gus mengukuhkan ekosistem bersepadu perbandaran tersebut.

Sebagai pengiktirafan terhadap kepakarannya sebagai ‘Pemaju Komuniti Induk’, SCIP baru-baru ini dianugerahkan pengiktirafan Platinum di Smart Township Malaysia Awards oleh PLANMalaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjadikannya perbandaran pertama yang diterajui pemaju yang menerima pengiktirafan tersebut.

Di pembangunan berorientasikan transit (TOD) Sistem Transit Rapid (RTS) Bukit Chagar bersebelahan stesen RTS, Sunway Property merancang untuk melancarkan menara kediaman pertamanya, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di koridor Johor–Singapura.

Lembah Klang: Pada 2026, Sunway Property bakal melancarkan fasa kedua Sunway Serene dan Menara C Sunway Velocity 3 untuk memenuhi keperluan pembeli berorientasikan keluarga dan penduduk bandar yang mengutamakan kesalinghubungan tinggi.

Selain itu, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre di Sunway Square, Sunway City Kuala Lumpur dijadualkan siap sekali gus memperkaya tawaran gaya hidup bersepadu perbandaran tersebut.

Pulau Pinang & Ipoh: Sunway Property akan melancarkan komponen runcit dan apartmen servis dalam pelan induk perbandaran Sunway Wellesley yang pesat berkembang di Pulau Pinang.

Di Ipoh, Sunway Bayu menandakan fasa kediaman bertanah yang terakhir di Sunway City Ipoh, manakala Sunway Ipoh Mall disasarkan siap pada 2027, sekali gus memantapkan pembangunan dan daya tarikan jangka panjang perbandaran itu.

Antarabangsa: Di Singapura, Sunway Property akan melancarkan pembangunan bercampur Pinery Residences pada 2026, berikutan perolehan tapak guna campur di Tampines West pada 2023. Di China, Sunway Property merancang untuk memperkenalkan blok kondominium baharu di Sunway Gardens.

Sementara itu, syarikat terus menilai potensi kemasukan semula ke pasaran Kemboja secara strategik sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan serantau yang terukur.

TOD dan Perindustrian sebagai Pemacu Pertumbuhan

Selain pembangunan perbandaran bersepadu dan tunggal, Sunway Property turut mempercepatkan fokus terhadap TOD dan hartanah perindustrian pada tahun 2026.

Pada tahun 2025, syarikat membuat dua pelaburan TOD berskala besar, TOD RTS Bukit Chagar bernilai RM4 bilion di Johor serta TOD Seremban Sentral bernilai RM2 bilion di Negeri Sembilan sekali gus mengukuhkan strategi Sunway Property untuk membangunkan komuniti guna campur yang berkepadatan tinggi dan berteraskan infrastruktur pengangkutan awam.

Pada masa yang sama, Sunway Property terus mengembangkan portfolio perindustriannya bagi menyokong ekonomi pembuatan, logistik dan berasaskan data yang kian berkembang di Malaysia.

Projek-projek utama seperti Sunway Rawang Managed Industrial Park di Kuang dan Equalbase Sunway 103° di Sunway City Iskandar Puteri, sebuah zon komersial bebas yang menyokong perdagangan rentas sempadan, logistik dan pusat data menempatkan Sunway Property pada kedudukan strategik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur perindustrian dan digital moden.

Memperluaskan Nilai Melebihi Penyerahan Kunci

Selain pembangungan, Sunway Property terus memperluaskan cadangan nilainya melalui Sunway Property+, sebuah ekosistem pasca jualan holistik yang terdiri daripada Care+ (perkhidmatan penyelenggaraan rumah), Rent+ (kelebihan sewaan) dan Reward+ (diskaun dan keistimewaan khas).

Care+, yang menawarkan perkhidmatan tukang rumah dan pembersihan, kekal sebagai tawaran yang paling diterima luas, menyokong lebih 8,000 rumah di seluruh Lembah Klang dan Johor, dan disasarkan untuk mencapai 10,000 rumah lagi menjelang akhir 2026.

Peningkatan lanjut pada 2026 akan merangkumi pengenalan perkhidmatan berpindah masuk dan keluar berikutan permintaan kukuh daripada pemilik rumah, mengukuhkan evolusi Sunway Property yang dipandu data daripada sekadar membina rumah kepada memelihara nilai jangka panjang sepanjang perjalanan pemilikan rumah.

Secara keseluruhan, semua inisiatif ini akan memperluas jejak Sunway Property merentasi ekosistem kediaman, bandar dan perindustrian.

Berakar di Malaysia, Berkembang di Serantau

Seiring dengan Kumpulan Sunway yang melangkah ke fasa 50 tahun seterusnya, Sunway Property kekal komited terhadap visi jangka panjang Sunway untuk membangunkan komuniti masa hadapan yang memberi nilai berterusan kepada pemilik rumah, perniagaan dan masyarakat.

Walaupun terus berkembang di peringkat serantau, Sunway Property tetap berakar kukuh di Malaysia, dengan lebih lima dekad pengalaman membina perbandaran bersepadu yang berteraskan manusia berpandukan falsafah ‘Pemaju Komuniti Induk’ serta komitmen terhadap pembangunan inklusif dan mampan.

Kepercayaan ini turut dizahirkan melalui pengiktirafan Emas Sunway Property pada Putra Brand Awards 2025, yang menandakan kembalinya Sunway Property ke peringkat tinggi selepas tujuh tahun, serta pengiktirafan kali ke-16 berturut-turut.

Dipilih sepenuhnya oleh orang awam melalui tinjauan melibatkan lebih 51,000 pengguna, anugerah ini mencerminkan kekuatan jenama Sunway Property serta keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap komuniti yang dibangunkannya.

Untuk maklumat terkini tentang projek, pelancaran, perbandaran dan komuniti bersepadu Sunway Property pada 2026 di Malaysia dan peringkat serantau, layari https://sunwayproperty.com/