Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Dunia hari ini dikejutkan dengan kematian pelakon utama Black Panther, Chadwick Boseman. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser usus.
Pemergiannya itu nyata mengejutkan ramai kerana sebelum ini beliau tidak pernah membuka cerita mengenai kanser yang dialaminya itu.
Susulan daripada itu, rata-rata warganet mengimbas kembali ketika pelakon itu melawat kanak-kanak yang menghidap kanser pada tahun 2018.
Mereka meluahkan rasa terkilan kerana pada ketika itu beliau juga menghidap kanser namun tidak diketahui oleh umum.
Melalui laporan portal berita WMC pada 2018 juga, Chadwick dilihat sedang menceriakan kanak-kanak yang menghuni Hospital St. Jude Children’s Research.
Dalam pada itu, warganet juga kagum dengan kekuatan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Chadwick menerusi filem-filem seperti Black Panther, Civil War dan Infinity War yang telah dilakonkan oleh beliau walaupun telah didiagnosis menghidap kanser pada tahun 2016.
Sumber: Twitter, WMC