Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Susu Kurma Buat Sendiri, Resepi Mudah Dan Sedap Boleh Cuba

Dekat kedai banyak dah sekarang kita nampak orang jual susu kurma.

Siap ada yang berebut-rebut nak beli sebab katanya sedap. Umum tahu, pengambilan kurma masa bulan puasa ni sangat-sangat digalakkan selain sunnah Rasullulah, buah ini juga mempunyai khasiat yang baik.

Siapa tak kenal Khairul Aming dengan resepi-resepi mudahnya. Berikut perkongsian dan cara-cara homemade susu kurma mudah, yang penting tanpa pengawet.

  • 1 cawan oat yang dicampur 1 cawan susu segar dan gaulkan. Kemudian letak tepi.

  • Ambil pula 4 biji kurma yang telah dibuang biji dan rendam di dalam satu cawan air.

  • Letakkan kedua-duanya (buah kurma yang direndam & campuran oat serta susu segar) di dalam peti sejuk sebelum tidur.

  • Akhir sekali, blend kedua-dua bahan tersebut (boleh juga ditambah pisang atau Nutella bagi yang kurang menggemari oat).

  • Kurma shake siap untuk dihidang.

Sumber: Khairul Aming