Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syafinaz Selamat Kekal Sandang Jawatan Profesor Adjung Tersohor UPSI Bagi Penggal Kedua

SYAFINAZ
Kredit: Bernama

Syafinaz Selamat Kekal Sandang Jawatan Profesor Adjung Tersohor UPSI Bagi Penggal Kedua

Pengalaman lebih tiga dekad dalam industri muzik tanah air terus membuka ruang buat penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat apabila sekali lagi diberi kepercayaan menyandang jawatan Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelantikan bagi penggal kedua itu berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028, sekali gus membolehkan beliau meneruskan sumbangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bakat seni negara.

Kredit: @music.fmsp

Menerusi ruangan komen pada hantaran Instagram rasmi music.fmsp, Syafinaz berkata beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh UPSI, khususnya Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UPSI, khususnya Fakulti Muzik dan Seni Persembahan di atas kepercayaan yang sekali lagi diberikan kepada saya melalui pelantikan sebagai Profesor Adjung Tersohor bagi penggal kedua.

“Pelantikan ini merupakan suatu penghormatan yang amat besar serta amanah yang akan saya laksanakan dengan penuh komitmen, profesionalisme dan integriti,” katanya.

Menurut Syafinaz, pelantikan itu bukan sekadar satu pengiktirafan terhadap kerjaya seninya, malah memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang dikumpulkan sepanjang bergiat aktif dalam industri muzik.

Ujarnya, beliau berharap dapat terus menyumbang kepada kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan menerusi kerjasama erat antara institusi pendidikan dan industri kreatif.

Beliau berkata, hubungan strategik antara dunia akademik dan industri muzik wajar diperkukuhkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh pelajar, masyarakat serta negara.

Terdahulu, Syafinaz pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di FMSP UPSI bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan industri muzik.

Dengan pengalaman luas sebagai penyanyi, pengarah muzik, jurulatih vokal dan pendidik, Syafinaz terus memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi baharu penggiat seni tempatan.

Sumber:music.fmsp
Intipati
  • Syafinaz Selamat dilantik semula sebagai Profesor Adjung Tersohor FMSP UPSI bagi penggal kedua.
  • Pelantikan dua tahun itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028.
  • Syafinaz berharap dapat menyumbang kepada akademik, penyelidikan dan pembangunan bakat seni negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan