Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syafiq, Gabriel Di Tempat Dua Teratas

Gambar Via AtletMalaysia

HANOI, 11 Mei (Bernama) — Atlet terjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim menguasai dua tempat teratas untuk Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal lelaki Sukan SEA Ke-31, di sini hari ini.

Muhammad Syafiq, 27, merangkul pingat emas dengan markah keseluruhan 381.35 mata selepas enam terjunan, gelaran juara sulung beliau dalam acara individu selepas memenangi pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Gabriel memperoleh perak dengan 375.30 mata sementara wakil Thailand Chawanwat Juntaphadawon membawa pulang gangsa dengan 340.35 mata

Sumber: BERNAMA