Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syarat 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Tidak Lagi Ditetapkan Bagi Syarikat Kendali IPS

ips
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) -- Pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Penyelarasan ini dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.

KPM turut menghargai sumbangan semua pengusaha IPS, dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Syarikat sendirian berhad pengendali IPS tidak lagi tertakluk syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera.
  • KPM berkata keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan bersama MITI.
  • Penyelarasan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan dan membuka penyertaan lebih luas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan