Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syarikat Penerbangan AirAsia Jepun Failkan Bankrupsi

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ), hari ini mengemukakan tuntutan kebangkrutan.

“Hal ini disebabkan oleh penurunan permintaan perjalanan oleh kerana lockdown yang berkait rapat dengan pandemik Corona virus,” maklum syarikat tersebut kepada Bursa Malysia hari ini.

AirAsia Group mempunyai kepentingan dalam AAJ melalui pegangan sahamnya dalam AirAsia Investment Ltd.

Pada 5 Oktober, mereka mengumumkan bahawa lembaga pengarahnya telah memutuskan untuk menghentikan operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan kerugian tunai di tengah-tengah keadaan operasi yang sangat mencabar di Jepun yang semakin kritikal disebabkan oleh wabak COVID-19.

Sumber- BERNAMA