Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syarikat Teknologi China Hadiahkan Pekerja Kekunci Emas Sebagai Bonus

Azzwin
butang kekunci emas
Kredit: SCMP

Syarikat Teknologi China Hadiahkan Pekerja Kekunci Emas Sebagai Bonus

Sebuah syarikat teknologi dari China menjadi tumpuan selepas memberi ganjaran unik kepada pekerjanya berupa butang kekunci emas yang diperbuat daripada emas tulen, lapor portal South China Morning Post.

Syarikat Insta360 yang berpangkalan di Shenzhen baru-baru ini memberi 21 butang butang kekunci emas kepada beberapa kakitangan cemerlang sempena sambutan Hari Pengatur Cara di China pada 24 Oktober lalu.

Butang kekunci paling berat iaitu butang ‘space’ mempunyai berat 35.02 gram, dengan nilai semasa sekitar 320,000 yuan bersamaan (kira-kira RM213,000)

Insta360 secara konsisten memberikan butang papan kekunci emas sebagai bonus Hari Pengatur Cara selama empat hari berturut-turut, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 55 butang papan kekunci.

Tradisi syarikat memberikan bonus emas

Sebagai jenama terkenal dalam produk kamera 360 darjah, Insta360 dianggap pesaing rapat GoPro dan bahkan mengatasi syarikat itu dalam beberapa ulasan.

Dalam industri teknologi China, Insta360 turut digelar sebagai “kilang emas” kerana tradisi memberikan bonus emas kepada pekerja.

SCMP melaporkan sempena ulang tahun ke-10 syarikat pada Julai lalu, syarikat itu menghadiahkan semua pekerja dan pelatih industri “gold blind box” yang mengandungi pelekat emas tulen pelbagai rekaan dengan berat 0.36 gram setiap satu.

“Yang berkilau bukan hanya emas, tetapi juga anda,” hadiah itu disertai mesej bermakna.

Syarikat tersebut turut menawarkan syiling emas tulen seberat satu gram sebagai hadiah kepada pekerja yang baru berkahwin atau menyambut kelahiran anak.

Pada majlis makan malam hujung tahun terbaharu, jongkong emas 999 seberat 50 gram dijadikan hadiah utama.

Pekerja hargai hadiah emas

Menurut SCMP, seorang lagi pekerja yang mengumpul syiling emas bagi memperingati detik penting dalam hidup meluahkan rasa terima kasih kerana hadiah itu seolah-olah menemani perjalanan hidupnya.

“Ada perkara yang tidak boleh diukur dengan wang,” ujarnya.

Walaupun harga emas semakin meningkat, individu tersebut membuat keputusan untuk tidak menjualnya.

“Saya akan bekerja lebih keras dan mengisi seluruh papan kekunci saya dengan butang kekunci emas,” seorang pekerja lain pula berkongsi tekadnya.

Pengasas Insta360, Liu Jingkang, menjelaskan bahawa syarikat itu memberi emas bukan kerana nilai monetarinya tetapi kerana “kestabilannya,” menekankan bahawa kestabilan syarikat bergantung pada tenaga kerja berbakatnya.

BACA: Nampak Macam Selamat, Tapi Ini 5 Makanan Yang ‘Tak Boleh’ Masuk Peti Sejuk

Sumber: South China Morning Post