Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syed Saddiq, Bella Bertunang Hari Ini

Syed Saddiq Bella Bertunang
Kredit: Syed Saddiq

Syed Saddiq, Bella Bertunang Hari Ini

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa beliau akan bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Syed Saddiq berkata beliau melamar Bella ketika berada di atas Gunung Kinabalu.

"Saya bertanya sudikah awak berkahwin dengan saya, dia jawab ya," katanya.

Menurutnya, ini bukan pengakhiran cerita tetapi permulaan kisah mereka.

"Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

"Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.

"Allah SWT sebaik-baik perancang," ujarnya lagi.

Menurut Astro Gempak, majlis pertunangan itu akan disiarkan secara langsung eksklusif hanya di Astro yang dijangka bermula pada pukul 2 petang ini.

Terdahulu, peminat mula berteka-teki mengenai hubungan Bella dan Syed Saddiq selepas mereka berdua menjalinkan kerjasama atas urusan kerja. Keakraban dan keserasian di antara keduanya membuatkan ramai mendoakan agar mereka disatukan.