Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

T20, M40, Kedai Makan Punca Bekalan Minyak Masak Paket Kurang

t20 m40 minyak masak paket
Gambar Hiasan via Bernama

RANTAU PANJANG – Antara punca kekurangan bekalan minyak masak paket didapati kerana golongan T20, M40 dan pengusaha kedai makan yang turut menggunakan bahan mentah bersubsidi itu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, minyak masak paket itu telah diperuntukkan untuk golongan B40 namun dikatakan kurang bekalan di pasaran.

“Ada pihak mendakwa kekurangan bekalan berlaku kerana program Keluarga Malaysia.

“Namun, syarikat pembungkusan semula yang terbabit dalam program itu hanya sebahagian kecil,” katanya memetik laporan Kosmo.

Jelas Rosol, terdapat golongan T20, M40 dan pengusaha kedai makan yang turut menggunakan minyak masak yang telah diperuntukkan untuk golongan B40.

Selain itu, aktiviti penyeludupan keluar minyak masak turut menjadi punca bekalan minyak masak bersubsidi itu tidak mencukupi.

“Kegiatan menyeludup minyak masak ke negara jiran juga dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah ini.

“Ia bagaiamanapun dapat diatasi menerusi hasil kerjasama agensi penguatkuasaan keselamatan di sempadan negara,” ujarnya.

Berdasarkan semakan, Rosol mengesahkan bahawa sebanyak 60,000 tan minyak masak paket telah dibekalkan untuk golongan B40 pada setiap bulan.

Sumber: Kosmo