Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tabung haji googlewalk
Gambar: Bernama

Tabung Haji Perkenal Platform GoogleWalk, Bantu Jemaah Haji Navigasi Laluan Di Tanah Suci

Azizah Najib

Tabung Haji Perkenal Platform GoogleWalk, Bantu Jemaah Haji Navigasi Laluan Di Tanah Suci

MAKKAH, 15 Mei (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Jabatan Haji memperkenalkan platform navigasi baharu, dikenali sebagai GoogleWalk bagi membantu jemaah haji Malaysia mengenal pasti laluan pulang ke bangunan penginapan masing-masing di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji Mohd Fahmi Kamarudin berkata platform berasaskan Google Maps itu dibangunkan khusus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia yang menginap di tujuh Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BPJH) di Makkah.

“Alhamdulillah, pada tahun ini, Pengurusan Operasi Maktab TH memperkenalkan satu platform baharu bagi memudahkan jemaah haji mengenal pasti laluan ke bangunan penginapan mereka.

“Platform ini telah dikongsi kepada para jemaah melalui kumpulan WhatsApp setiap KT, dan turut boleh digunakan bagi mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas tempatan untuk memudahkan perjalanan pulang ke penginapan,” katanya kepada media di sini, baru-baru ini.

Mohd Fahmi berkata platform ini merupakan penambahbaikan daripada kaedah perkongsian lokasi langsung (live location) menerusi WhatsApp yang digunakan sebelum ini, hasil daripada kajian mendalam sejak beberapa tahun lalu.

“Kita dapati platform ini lebih mudah dan mesra pengguna, selain tidak menggunakan data internet yang banyak. Ia juga dapat membantu jemaah yang tersasar arah, terutama selepas menyempurnakan ibadah umrah di kawasan Mas’a antara Safa dan Marwah,” katanya.

BACA: Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.10 Peratus

Mohd Fahmi berkata walaupun GoogleWalk tidak dilengkapi fungsi penjejak (tracker), jemaah masih boleh berkongsi lokasi semasa mereka untuk membolehkan petugas TH membantu mengesan dan memberi panduan arah ke tempat penginapan.

Mohd Fahmi berkata platform tersebut digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini melalui integrasi bersama e-book petugas haji dan turut diperluas kepada jemaah bagi tujuan kemudahan bersama.

“Statistik menunjukkan bilangan jemaah yang tersasar setiap tahun agak tinggi, terutama apabila berlaku kesesakan di sekitar Masjidil Haram. Oleh itu, platform ini diharap dapat memberi impak positif kepada kelancaran operasi harian serta keselamatan jemaah,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah haji, Sudiman Ahmad Tinggal, yang menginap di Abraj Al-Tayseer menyifatkan platform navigasi berkenaan sebagai satu penambahbaikan signifikan oleh TH, khususnya dalam memudahkan pergerakan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

“Sangat memudahkan. Dengan sekali tekan sahaja, aplikasi ini terus membawa kita ke destinasi yang dituju. Insya-Allah, ia benar-benar membantu dan memberi manfaat kepada kami sebagai jemaah,” katanya.

Sumber: BERNAMA