Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tabung Solidariti Najib Kumpul RM634,562 Dalam Tempoh 3 Jam - Asyraf

Tabung Solidariti Najib
Kredit: Bernama

Sebanyak RM634,562.02 berjaya dikumpulkan dalam tempoh tiga jam sejak Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi jumlah kutipan berkenaan menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurutnya, ramai menyumbang serendah RM10 dan RM50.

“MasyaAllah, tiga jam pertama sejak Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan sudah mencecah RM634,562.02.

“Ramai yang menyumbang serendah RM10 dan RM50,” katanya.

Terdahulu, UMNO mengambil inisiatif melancarkan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban Datuk Seri Najib Razak untuk melunaskan denda berjumlah RM50 juta.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri itu dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat berkenaan tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Najib turut diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang menjalani tahanan di rumah dan pengampunan bersyarat itu boleh terbatal sekiranya syarat berkenaan dilanggar.