Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tahan 2-3 Hari, Lelaki Kongsi Tip Simpan Santan Ketika Rumah Tiada Elektrik

Syed Faisal Sayed Muhammad
Tip simpan santan
Kredit TikTok/@pakman3590

Tahan 2-3 Hari, Lelaki Kongsi Tip Simpan Santan Ketika Rumah Tiada Elektrik

Santan segar merupakan bahan penting dalam pelbagai jenis menu masakan.

Santan sering digunakan dalam menu masakan seperti Kari, Rendang, Masak Lemak dan macam-macam lagi.

Namun begitu, bagi memastikan kesegaran bahan tersebut, ia perlu disimpan dengan cara yang betul di tempat yang sejuk.

Santan segar perlu disimpan dalam peti sejuk bagi memastikan bahan itu tahan lama dan boleh digunakan di kemudian hari.

Kualiti santan boleh terjejas jika masalah gangguan bekalan elektrik terjadi dalam tempoh yang lama dan berpanjangan.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan berkenaan tip menyimpan santan segar jika kediaman anda mengalami masalah gangguan elektrik.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @pakman3590.

Menurut Pak Man, bahan terpenting dalam memastikan santan kekal segar adalah ais batu dan garam.

Kredit TikTok

Langkah pertama adalah letak santan segar tadi ke dalam bekas yang besar mengikut kuantiti santan yang mahu disimpan.

Kredit TikTok

Kemudian masukkan ais batu sehingga menutupi keseluruhan bahagian santan tadi.

Langkah seterusnya adalah dengan masukkan air sedikit sehingga santan tenggelam. Tambah ais batu lagi bagi memastikan ia tahan lebih lama.

Tip yang paling penting adalah tabur garam halus di permukaan ais batu.

Kredit TikTok

Menurut Pak Man, garam halus tadi bertujuan untuk memastikan ais batu tahan lebih lama dan tidak mudah cair.

Teknik itu dapat membuatkan ais bertahan lebih lama dan menyejukkan santan segar agar tetap bertahan.

“Insya-Allah 2,3 hari boleh tahan,” kata Pak Man dalam video perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan perkongsian berguna tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terima kasih Pak Man kongsi ilmu berguna,” tulis seorang netizen.

“Terima kasih Pak Man kongsi petua. Semoga murah rezeki,” tulis seorang netizen yang mendoakan Pak Man selepas berkongsi tip mudah tersebut.

“Garam itu fungsinya untuk menurunkan suhu,” tulis seorang netizen yang berkongsi pendapatnya.

Sumber: TikTok/@pakman3590