Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Boleh Berenggang & Semua Nak Sama, Kembar Seiras Ini Nekad Berkongsi Teman Lelaki

Sofea

Dua orang adik-beradik perempuan yang dikenali sebagai kembar paling seiras di dunia telah mendedahkan bahawa mereka tidak boleh berenggang dan perlu melakukan semuanya bersama termasuk mempunyi teman lelaki yang sama.

Anna dan Lucy DeCinque mengaku mempunyai ‘kegelisihan’ jika berlaku sebarang perpisahan di antara mereka.

Mereka membahagikan semua secara adil termasuk teman lelaki yang berusia 37 tahun.

Menurut Daily Mirror, kembar yang muncul dalam rancangan TLC itu juga sering mandi, pergi ke tandas dan tidur bersama.

Mereka juga merancang untuk hamil dari lelaki yang sama, pada masa yang sama.

“Kami tidak pernah berpisah dan saya fikir kami tidak akan berfungsi tanpa satu sama lain,” kata Lucy.

Tidak cuma itu mereka juga sudah menganggap satu sama lain sebagai satu orang dan menegaskan bahawa mereka tidak akan terpisah.

Sumber: Daily Mirror