Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Tak Cukup Tanah Kat Rumah..." Ayah Sambung Berkebun Di Surau Cuit Hati Ramai

Ayah Berkebun Di Surau
Kredit: @afizahharis
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bila sesuatu hobi sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian, memang rasa tak lengkap kalau satu hari langsung tak sempat melakukannya.

Tak kisahlah sama ada membaca, bermain permainan atas talian atau berkebun, hobi yang sudah sebati dengan rutin harian biasanya meBmbuatkan kita mahu melakukannya setiap hari.

Begitulah kisahnya ayah kepada pengguna Threads, @afizahharis yang berkongsi bapanya sanggup berkebun sehingga ke surau berdekatan.

Dalam satu hantaran, @afizahharis berkongsi foto bapanya yang sedang berkebun di perkarangan sebuah surau.

Ayah Berkebun Di Surau Cuit Hati Ramai

Menerusi hantaran sama, @afizahharis sempat berseloroh bahawa bapanya sudah ‘habiskan’ tanah di kawasan rumah, sebab itu aktiviti berkebun diteruskan pula hingga ke surau.

“Bapa aku dan segala kesibukannya. Tak cukup tanah kat rumah dia nak kerjakan, dia berkebun sampai ke surau,” katanya.

Perkongsian itu mencuit hati ramai warga maya yang turut berseloroh meminta ayah @afizahharis datang berkebun di rumah mereka pula.

Malah, ada juga warga maya yang berkongsi perangai ayah masing-masing yang turut mempunyai minat sama, iaitu berkebun hingga ke surau dan rumah jiran.

Dalam pada itu, ramai juga menyedari pokok yang ditanam oleh ayah @afizahharis bukan calang-calang kerana harganya agak mahal, malah pokok tersebut merupakan daripada jenis bromeliad.

Tidak kurang juga warga maya yang mendoakan agar ayahnya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik kerana usaha kecilnya itu berjaya menceriakan kawasan surau tersebut.

Daripada sekadar memenuhi masa lapang, hobi berkebun ayah @afizahharis nampaknya turut menjadi cara kecil untuk menceriakan kawasan sekeliling dan menghiburkan orang ramai.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads @afizahharis berkongsi foto bapanya berkebun di perkarangan sebuah surau.
  • Beliau berseloroh bapanya meneruskan hobi itu selepas tanah di rumah tidak mencukupi.
  • Warga maya terhibur dan mendoakan kesihatan bapanya kerana menceriakan kawasan surau.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan