Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Fikir Diri Sendiri, Tular Jururawat Di Taiwan Berusaha Lindung Bayi Semasa Gempa Kuat
Semalam, satu kejadian gempa bumi kuat dengan kekuatan 7.4 magnitud telah menggoncang bandar Hualien di Taiwan.
Pusat gempa bumi berkenaan dipercayai terletak kira-kira 18 kilometer dari selatan bandar Hualien. Susulan itu, Agensi Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan turut mengeluarkan amaran tsunami dan meminta penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Berita kejadian gempa berkenaan turut menjadi tular di media sosial apabila warga maya berkongsi beberapa video yang merakam keadaan di Hualien ketika dilanda gempa tersebut.
Antara rakaman yang tular mendakwa ada beberapa buah bangunan roboh dan kejadian tanah runtuh turut berlaku.
Sebagai manusia biasa, sudah pasti kita akan diselimuti rasa takut apabila berada di tempat kejadian. Dalam keadaan ini, semua orang akan bertindak pentingkan diri sendiri demi menyelamatkan nyawa.
Namun, aksi berani beberapa jururawat di sebuah hospital di Taiwan yang melindungi bayi semasa gempa bumi itu berlaku selayaknya mendapat pujian.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh BBC, seorang jururawat dari Taiwan telah berkongsi detik ketika beliau dan rakan sekerjanya bertindak segera untuk melindungi bayi baru lahir di bilik bayi.
Dalam video CCTV yang menjadi tular itu, beberapa orang jururawat di unit bersalin dilihat bergegas menarik katil bayi ketika bangunan mula bergegar.
Katil-katil bayi ditarik ke bahagian tengah dan jururawat yang bertugas berusaha memastikan katil-katil tersebut tidak bergerak.
Antara perkara yang dikuatiri tentunya katil berkenaan terbalik atau ditimpa sebarang runtuhan akibat gempa. Mereka memegang erat katil tersebut untuk memastikan bayi selamat semasa gempa bumi.
Dalam situasi tersebut, bayi-bayi berkenaan sudah tentu tidak dapat melindungi diri sendiri menjadikan mereka sangat terdedah dengan pelbagai bahaya.
Meski dalam keadaan darurat, mereka tidak melarikan diri untuk selamat sendiri. Sebaliknya, mereka ingat amanah dan tanggungjawab yang dipegang sebagai pasukan barisan hadapan.
BACA: Taiwan Digegar Gempa Kuat 7.4M, Ada Bangunan Didakwa Runtuh
Sumber: BBC