Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Lupa Tanggungjawab Hamba, Lelaki Ini Pergi ‘Menemui’ Maha Pencipta Di Rakaat Ketiga

Kita sememangnya sudah mengetahui bahawa jangka hayat hidup seseorang itu adalah salah satu perkara yang dirahsiakan oleh Allah S.W.T. Seperti yang terjadi pada seorang lelaki bernama H Tahir Tenri ini, dia dilaporkan telah meninggal dunia ketika sedang mengerjakan solat Asar di Masjid Raya Kota Parepare yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia pada hari Selasa (24 Disember) yang lalu.

Iklan

Kematian lelaki tersebut masih lagi tidak diketahui puncanya, namun sebilangan jemaah di masjid tersebut menyatakan bahawa lelaki itu kelihatan sihat sahaja sebelum menunaikan solat di masjid tersebut.

“Ketika berada di rakaat ketiga, dia tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri,” kata salah seorang jemaah, HSyamsul Latanro.

Sementara itu, salah seorang pengurus Masjid Raya berkata, lelaki tersebut dilihat datang ke masjid tersebut bersama dengan isterinya. Lelaki tersebut mengambil air wudhu lalu bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat.

“Kerana sudah terlewat untuk solat berjemaah, dia terpaksa mendirikan solat seorang diri, semasa masuk ke masjid dia sempat menegur beberapa jemaah di masjid ini,” ujar Rio.

Lelaki tersebut dilaporkan meninggal pada pukul 4.40 petang. Jenazahnya telah dibawa ke pusat pengurusan jenazah yang terletak di Jalan Abu Bakar Lambogo untuk diuruskan selanjutnya.

Sumber: makassar,terkini.id