Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sebelum ini, tular video seorang lelaki membawa jenazah ibunya di atas motor dipercayai di Jawa Tengah, Indonesia. Dalam rakaman yang tular, Sutejo, 50 dilihat meletakkan jenazah berbalut kain batik dan mengikatnya pada bahagian belakang tempat duduk motosikal.
Menurut kakaknya seperti dilaporkan Detik, lelaki itu berbuat demikian kerana tidak mahu menyusahkan jiran tetangga.
Katanya, adiknya merupakan seorang yang pendiam. Dia juga dikatakan sangat jarang bergaul dengan jiran tetangga di perkampungannya.
Menurut portal Suara.com, lelaki tersebut dipercayai mengalami gangguan jiwa. Menurut polis, pelakunya mengalami gangguan jiwa dan ingin memakamkan sendiri jenazah ibunya. Namun, penduduk yang peka akan hal tersebut telah membantunya dan menguruskan jenazah wanita tersebut dengan baik.
Sutejo yang merupakan anak bongsu daripada Ginem Suharti, 80 itu dikatakan ingin menguruskan sendiri pengebumian jenazah ibunya di perkuburan tempatan.
Namun selepas dipujuk keluarga dan jiran, jenazah Ginem akhirnya dibawa ke pusat pengurusan jenazah untuk dimandi dan dikafankan.
Lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu tinggal di kejiranan yang sama dengan kakaknya, Sri Suyamti, yang meminta dia menjaga ibu mereka ketika wanita itu sedang bekerja.
Tindakan Sutejo membawa jenazah ibu mereka ketika itu turut mengejutkan kakaknya yang tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja.
“Kelmarin kalau tak dibawa adik saya, saya carikan ambulans. Beritahu jiran, mesti mereka bantu. Adik saya tak mahu susahkan jiran,” jelasnya.
Ibu mereka dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis lalu dipercayai kerana sakit tua.