Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Mampu Dapatkan Tempat Tinggal, 4 Sekeluarga Terpaksa Jadikan Kereta Sebagai Tempat Berteduh
Rumah merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan. Tatkala, ia melindungi kita daripada cuaca panas mahupun hujan termasuklah angin badai dan ribut petir.
Namun, tidak semua orang bernasib baik untuk memperolehi kemudahan ini kerana kos untuk membelinya agak tinggi dan memerlukan masa bertahun-tahun lamanya untuk melunaskan pinjaman yang dibuat pada pihak bank.
Bukan itu sahaja, kos sewa rumah turut meningkat saban hari, lagi-lagi rumah yang memiliki nilai hartanah yang tinggi. Rata-rata kos sewa bagi satu unit rumah dianggarkan kira-kira RM1,000 secara purata.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Ada kes yang paling teruk, ada keluarga yang terpaksa hidup sebagai gelandangan kerana tidak mampu untuk menanggung kos tempat tinggal.
Beginilah salah satu kes terpencil yang direkodkan oleh pihak Zakat Selangor apabila salah satu skuadnya telah menemui sebuah keluarga yang menjadikan kereta sebagai tempat tinggal mereka.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Sepasang suami isteri bersama dua orang anak tiada tempat tinggal sejak beberapa minggu lalu.
Mereka yang datang dari luar Selangor akibat masalah keluarga telah meninggalkan rumahnya sebelum ini dan berhijrah ke Selangor demi memulakan hidup baru serta mengelakkan berlakunya situasi yang lebih tegang.
Hati kami tersentuh tatkala melihat anaknya yang baru berusia 2 tahun hanya bermain di dalam kereta dan nampak sedikit tekanan pada wajahnya akibat mungkin terlalu lama duduk, tidur dan berbaring hanya di dalam kereta sahaja.
Makan minum bergantung pada duit harian suami bekerja sebagai buruh binaan, namun untuk mendapatkan tempat tinggal menetap, mereka masih belum mampu.
Kami hulurkan bantuan wang tunai sebentar tadi untuk keluarga ini gunakan bagi kos makan minum serta berehat sementara di hotel bajet. Bantuan lain yang bersesuaian akan dipertimbangkan selepas ini.
Ujian setiap dari kita berbeza – beza. Kadangkala kita pernah merasa berada dalam zon selesa, namun apabila diuji, banyak hikmah di sebaliknya. Moga Allah kurniakan kemudahan buat keluarga ini dan pertemukan jalan yang terbaik buat mereka.

Pada akhir kenyataan tersebut, pihaknya meminta agar penganut Islam tidak lupa untuk menunaikan zakat, yang merupakan Rukun Islam keempat.
Pihak Zakat Selangor turut mengatakan bahawa mereka berkhidmat kepada mustahiq (golongan yang berhak menerima zakat) dan meminta kita untuk memberi sokongan kepada institusi tersebut.
Sumber: Lembaga Zakat Selangor via Facebook