Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagi rumah yang memiliki lantai simen, tikar getah masih lagi menjadi pilihan untuk menutup permukaan lantai.
Pun begitu, penggunaaan tikar getah mungkin memakan kos, bergantung kepada saiz ruangan. Tambahan pula, tikar getah perlu ditukar dalam satu jangka masa tertentu dan cepat rosak.
Oleh itu, selain tikar getah ada alternatif lain yang boleh korang pakai untuk menutup permukaan lantai simen. Pengganti tikar getah ni dipanggil cat epoxy.
Penggunaan cat epoxy memberi kemasan yang lebih kemas dan menarik. Korang juga boleh pilih warna yang sesuai mengikut citarasa masing-masing. Macam yang dikongsikan di akaun TikTok @atiqahrazalii_ , dia siap cat sendiri lagi.
Menurutnya, kos untuk cat lantai simen dengan cat epoxy ni tak sampai RM200 pun. Cat epoxy ni korang boleh dapatkan di kedai-kedai hardware.
Nak tahu macam mana hasilnya lepas cat lantai simen dengan cat epoxy, tonton video yang kami dikongsikan di bawah!
Sumber: TikTok @atiqahrazalii_t
Boleh dapat kan Cat Epoxy lantai disini