Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Percaya Suami ‘Raja Malaysia’ Sebenar, Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

Sha Rossa

Permaisuri kepada Sultan Kelantan, Rihana Oksana Petra dilihat semakin aktif berkongsi perkembangan hidupnya bersama Sultan Muhammad V melalui media sosial.

Terkini, bekas ratu cantik Moscow itu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pada 21 May lalu, telah berkongsi detik-detik pertemuan awal bersama baginda yang telah menarik perhatian ramai netizen.

Pertemuan semasa musim bunga

Beliau memberitahu bahawa perkenalan mereka bermula pada tahun 2017 dimana ketika itu Sultan Muhammad V dan dirinya bertemu pada musim bunga di Eropah.

Tak tahu suami adalah raja sebenar

Rihana yang menganggap suaminya itu sekadar bergurau, turut berjenaka dengan mengatakan bahawa dirinya adalah seorang ratu di Moscow.

Mereka juga sempat bertukar nombor telefon dan tidak lama selepas itu barulah Rihana mengetahui bahawa suaminya adalah seorang raja sebenar.

Pada November tahun lalu, berita perkahwinan antara Sultan Kelantan dengan ratu cantik Moscow ini menjadi isu panas susulan penularan gambar perkahwinan mereka yang tersebar di media sosial.

Pada 21 Mei lalu, seorang putera yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra telah selamat dilahirkan.

Sumber : rihanapetra