Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Perlu Produk Mahal, Guna Dua Bahan Ini Untuk Bilik Air Sentiasa Wangi
Memiliki bilik air yang sentiasa wangi sememangnya menjadi impian setiap penghuni rumah.
Bilik air bukan sahaja ruang untuk kebersihan diri, malah ia juga mencerminkan tahap kekemasan dan keselesaan sesebuah kediaman.
Mana tidaknya, apabila ada tetamu yang datang berkunjung, kita tentu lebih yakin dan tidak berasa segan jika bilik air berada dalam keadaan bersih serta berbau harum.
Sebelum ini, penghuni rumah mungkin pernah mencuba pelbagai jenis produk pewangi tandas, sama ada dalam bentuk pepejal, gel ataupun semburan.
Namun, tidak semua mampu memberikan bau yang tahan lama seperti yang diharapkan. Lebih-lebih lagi, ada juga produk yang harganya agak mahal tetapi hasilnya tidak setanding dengan kos yang dikeluarkan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ciklynalias di TikTok, wanita tersebut hanya menggunakan dua bahan mudah sahaja iaitu pelembut pakaian dan ubat gegat serta satu bekas kosong.
Jimat dan murah, bukan?
Mula-mula, masukkan ubat gegat dalam satu bekas kosong kemudian campurkan dengan cecair pelembut pakaian.
Dengan hanya menggunakan kaedah tertentu yang mudah dilakukan di rumah, ia bukan sahaja menjimatkan kos malah memberi kesan yang lebih tahan lama.
Anda juga boleh menggunakan pelembut pakaian atau ubat gegat selain daripada bahan yang ditunjukkan dalam video tersebut.
Terpulang kepada anda untuk mempelbagaikan penggunaannya mengikut kesesuaian. Apa yang penting, hasil akhirnya adalah seperti yang anda inginkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mengucapkan terima kasih atas perkongsian tersebut dan menyatakan ia sangat bermanfaat untuk dicuba di rumah.
Terima kasih atas perkongsiannya. Nanti bolehlah cuba," komen seorang warga maya.
"Saya memang guna begini. Kalau pelembut pakaian tu kurang, saya tambah saja. Memang wangi tandas... dalam kereta pun saya guna," komen seorang warga maya.
"Alhamdulillah.. thank you for sharing. Dah guna ubat gegat tu, nanti kita tambah pelembut pakaian pula," komen seorang lagi warga maya.