Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Perlu Serbu Pejabat, Ini Cara Mohon i-Lestari RM500 Secara ‘Online’ Dari KWSP

Gambar sekadar hiasan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Seperti sedia maklum, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi gelombang Covid-19.

Berkuat-kuasa 1 April ini, ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran menerusi kemudahan i-Lestari dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing pada Mei 2020.

Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diikuti bagi memohon pengeluaran i-Lestari seperti yang dikongsikan oleh Izzat Fahim Ibrahim melalui laman facebooknya ini. Selamat mencuba!

Mesti ramai yang mahu keluarkan KWSP kan.

Bagi yang rasa memang perlu tu bolehlah keluarkan. Caranya senang saja sebab aku pun baru buat tadi pagi. Kamu cuma ikut saja langkah macam dalam gambar tu.

Selamat mencuba dan keluarkan kwsp semua. Lepas sudah keluarkan kwsp tu jangan lupa doakan semoga corona virus ni cepatlah hilang daripada muka bumi kita.

Haa satu lagi sebelum terlupa sebelum mohon ni pastikan nombor telefon korang sudah diupdate sebelum ni untuk memudahkan nombor TAC di hantar di handphone kita.

i-Akaun KWSP

Masukkan ID pengguna dan kata laluan

Semak baki Akaun 2

Pilih ‘New Application’

Langkah pertama pilih jenis pengeluaran ‘i-Lestari’

Langkah kedua isikan maklumat

Langkah ketiga dapatkan nombor TAC

Permohonan berjaya dihantar

Sumber: Izzat Fahim Ibrahim