Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Pernah Dibuat Orang, Abang Ni Paket Isi Petai & Jual Seulas 30 Sen Untuk Yang Tak Cukup Bajet

Gambar Via Rob Machado
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mungkin dianggap busuk dan tidak boleh diterima oleh sesetengah orang namun petai menjadi ulam-ulaman yang sangat disukai oleh penggemarnya.

Petai sememangnya menimbulkan ketidakselesaan kerana baunya agak kuat tetapi memang diperakui dan ramai yang tahu bahawa petai mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pun begitu, terkadang petai sangat sukar untuk didapati terutamanya apabila berada di bandar. Tambahan pula, harga yang ditawar amat mahal.

Berbicara mengenai petai ini, perkongsian oleh Rob Machado di Facebook menarik perhatian netizen kerana idea kreatif berkaitan pembungkusan ulam tersebut.

Menerusi perkongsian itu, petai itu dibungkus sebiji-biji di dalam bungkusan lutsinar.

Mungkin belum pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini, ia menarik perhatian netizen dan ada yang tidak percaya bahawa ia betul-betul dijual.

Ditanya mengenai hal itu, Rob berkata bahawa ia dijual sebegitu kerana ramai yang mengidam untuk memakan petai.

Sumber: Rob Machado