Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Kredit: Hoang Tao/Bui Toan via VN Express

Tak Sama Dengan Negara Lain, Ketahui Sebab Vietnam Rai Tahun Kucing Tahun Ini

Farah Nabilah

Tak Sama Dengan Negara Lain, Ketahui Sebab Vietnam Rai Tahun Kucing Tahun Ini

Umum mengetahui Malaysia merupakan negara yang harmoni dan terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum seperti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan lain-lain.

Maka, tidak hairanlah jika setiap tahun rakyat Malaysia disajikan dengan kemeriahan perayaan yang bakal disambut oleh pelbagai kaum di negara ini.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, Sambutan Tahun Baharu Cina bakal disambut oleh kaum Cina secara besar-besaran.

Apa yang lebih menarik, masyarakat Cina mempunyai satu kepercayaan bahawa terdapat 12 haiwan yang melambangkan 12 jenis personaliti yang berbeza dan tahun ini merupakan Tahun Arnab bagi kebanyakan negara di seluruh dunia.

Namun, ia berbeza bagi penduduk di negara Vietnam kerana mereka bakal menyambut Tahun Kucing pada tahun ini.

Untuk mengetahui mengapa terjadinya perbezaan tersebut, mari ikuti sejarah mengenai Tahun Arnab dan Tahun Kucing di bawah ini.

Setiap kali menyambut tahun baharu, kalendar lunar akan diwakili oleh salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Kredit: Samantha Lee/Business Insider

Pun begitu, terdapat banyak teori dan kisah yang berbeza mengenai asal usul haiwan zodiak Cina.

Setiap haiwan akan dikaitkan dengan sifat dan simbol yang mempunyai makna tersendiri bagi menyambut tahun baharu pada tahun yang akan datang.

Arnab dalam budaya Cina

Mengikut sejarah Cina, arnab merupakan haiwan keempat yang berjaya menamatkan perlumbaan Maharaja Jade dalam pertandingan ‘The Great Race’.

Semasa perlumbaan, arnab terpaksa melompat dari batu ke batu untuk menyeberangi sungai, namun ia tergelincir di sepanjang jalan.

Arnab tersebut kemudiannya cuba berpegang pada batang kayu yang berada berhampirannya sekali gus berjaya menamatkan pertandingan tersebut sehingga ke garisan penamat dengan memperoleh tempat keempat.

Pun begitu, ada yang mengatakan bahawa kemenangan arnab itu telah dibantu oleh naga semasa ia berpaut pada batang kayu tersebut dengan menghembuskan udara sehingga arnab tersebut berjaya menghampiri garisan penamat.

Walaupun arnab tidak mengetahui siapa yang membantunya, namun naga itu tetap berpuas hati dengan tempat kelima yang diperoleh selepas membantu arnab.

Dalam tradisi Cina, Tahun Arnab juga dianggap sebagai tahun yang baik kerana ia melambangkan umur yang panjang, positif, keberuntungan, kecerdikan, kepandaian, ketangkasan dan kendiri.

Kredit: Chinatravel.com

Walaupun kebanyakan negara menyambut Tahun Arnab, namun ia berbeza pula dengan negara Vietnam yang dikatakan menyambut Tahun Kucing pada tahun ini.

Mengapa Vietnam menyambut Tahun Kucing?

Vietnam dipercayai meraikan Tahun Kucing kerana ia merupakan salah satu simbol Cawangan Terestrial yang dianggap sepadan dengan arnab yang juga disebut sebagai ‘mao’ dalam bahasa Mandarin dan ‘meo’ dalam bahasa Vietnam kerana bunyi tersebut kedengaran serupa dengan perkataan kucing bagi bahasa Vietnam.

Tahun Baharu di Vietnam juga dikenali sebagai Tết Nguyên Đán, malah ia sering dilihat sebagai perayaan yang paling penting dalam kalangan masyarakat Vietnam.

Memetik portal Asia Highlights, Tahun Baharu Vietnam kebiasaannya akan disambut pada hari yang sama dengan Tahun Baharu Cina dan tahun ini, kedua-dua perayaan tersebut bakal disambut pada 22 Januari 2023.

Walaupun tarikh tersebut dilihat berubah pada setiap tahun, namun ia pasti akan jatuh sekitar pertengahan Januari dan akhir Februari.

Kucing dalam budaya Vietnam

Bagaimanapun, terdapat perbezaan kisah daripada dua legenda popular tentang bagaimana 12 haiwan zodiak tersebut dipilih.

Menurut sebuah legenda, semua haiwan telah dijemput untuk bersaing dalam sebuah perlumbaan merentasi sungai bagi menentukan susunan zodiak.

Tikus yang sedang berlumba ketika itu dipercayai telah menipu seekor kucing dan menyebabkan kucing tersebut gagal menghampiri garisan penamat.

Pun begitu, terdapat sedikit perbezaan dari susunan cerita yang disampaikan oleh legenda Vietnam.

Walaupun kucing tersebut ditipu oleh tikus, ia dikatakan masih berjaya mencari jalan bagi menyeberangi sungai dan telah menggantikan arnab untuk menjadi salah satu daripada 12 haiwan yang terpilih.

Bagaimanapun, kebenaran di sebalik perbezaan itu belum dapat disahkan sehingga hari ini.

Kredit: Hoang Tao via VN Express

Salah satu teori yang diceritakan ialah apabila tanda zodiak Cina diperkenalkan ke negara Vietnam, ia telah mendatangkan sedikit kekeliruan kerana sebutan Vietnam bagi perkataan arnab adalah serupa dengan perkataan kucing sekaligus menjadikan kucing sebagai salah satu daripada 12 haiwan zodiak.

Namun, teori lain mengatakan bahawa tikus merupakan haiwan perosak yang telah mengganggu petani disebabkan cuaca panas yang melampau di Vietnam.

Memandangkan kucing adalah musuh semula jadi kepada tikus, petani Vietnam percaya bahawa kucing boleh membawa hasil tuaian yang subur dan memberikan cuaca yang baik kepada tanaman mereka.

Oleh itu, mereka telah menggantikan arnab kepada kucing dalam tanda zodiak mereka.

Kredit: Pham Linh via VN Express

Penyediaan dulang lima buah

Selain kepercayaan orang Cina dan Korea, orang Vietnam juga menghormati nenek moyang mereka semasa perayaan Tahun Baharu dengan menyediakan ‘dulang lima buah’ yang dikenali sebagai Mâm ngũ quả.

Kebiasaannya mereka akan menggunakan buah epal kastard, ara, kelapa, beringin dan mangga yang membawa maksud kemakmuran dan kekayaan yang tidak berkesudahan.

Kredit: VN Express via Vietnam Times

Setelah selesai melakukan persembahan bagi memperingati nenek moyang pada Malam Tahun Baharu, orang Vietnam dikatakan akan memetik dahan dengan daun hijau ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kerana ia dianggap mewakili penerimaan berkat yang dikurniakan oleh dewa langit dan bumi.

Apabila mereka tiba di rumah, dahan tersebut kemudiannya akan diletakkan di hadapan tokong di rumah sehingga daun tersebut menjadi layu dan upacara berkenaan disebut sebagai Hái lộc.

Selain itu, hidangan tradisional Vietnam setiap kali menyambut Tahun Baharu ialah bánh chưng iaitu kek beras berbentuk empat segi yang dibalut dengan daun pisang dan diisi dengan kacang hijau dan daging.

Kredit: Pixabay

Sama seperti budaya Cina, orang Vietnam juga akan sama-sama merayakan Pesta Tanglung pada hari ke-15 bagi menikmati bulan purnama dan menyelesaikan teka-teki yang tertulis pada tanglung tersebut.

Sumber: SBS, The Conversation, Seventeen, Asia Highlights