Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Tahu Nak Bagi Apa? Ini 18 Barang Korang Boleh Bagi Sebagai Hadiah Kahwin

Memberikan hadiah ketika hari perkahwinan boleh dikatakan sudah menjadi adat dalam masyarakat kita. Ia salah satu simbol untuk meraikan pasangan mempelai di hari bahagia mereka.

Seronok bila membayangkan dapat hadiri kenduri perkahwinan dan berkumpul bersama sahabat handai serta menyerahkan sendiri hadiah kepada pengantin.

Pun begitu, keadaan mula berubah ketika pandemik ini yang memperlihatkan majlis perkahwinan hanya diadakan dalam keadaan yang sederhana dan dihadiri keluarga terdekat saja.

Disebabkan itu juga, kebanyakan orang kini memberikan hadiah melalui penghantaran pos sebagai tanda ingatan terhadap pasangan pengantin.

Tentu sekarang ini ada di antara korang yang tengah pening nak cari hadiah kahwin kan? Jangan risau, buka saja Shopee, korang akan jumpa banyak barang-barang menarik yang boleh diberikan kepada pengantin.

Senarai barang-barang tersebut juga telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, Eya. Jom tengok perkongsiannya di bawah ini.

Menarik kan? Semua barang-barang itu boleh digunakan oleh pasangan pengantin bila berpindah ke rumah baharu nanti.

Sumber: Eya