Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anjing Setia Menanti Di Hopsital 3 Bulan, ‘Tak Tahu’ Tuannya Dah Meninggal Angkara COVID-19

Seekor anjing setia menunggu pemiliknya di hospital setiap hari selama lebih 3 bulan.

Malangnya, pemilik anjing tersebut telah meninggal dunia akibat COVID-19 setelah hanya 5 hari menjalani rawatan di Hospital Wuhan Taikang. Mangsa telah datang ke hospital tersebut bersama anjingnya pada bulan Februari.

Setiap hari anjing itu akan menunggu di lobi hospital dan berkeliaran di koridor mencari pemiliknya.

Seorang pekerja di pasar raya dalam bangunan hospital, Wu Cuifen, telah menjaga anjing tersebut dan memberi nama Xiao Bao. Wu telah beberapa kali membawa anjing tersebut ke tempat lain tetapi tidak berjaya apabila anjing itu jumpa jalan untuk kembali ke hospital.

“Anjing itu (Xiao Boa) tidak pernah meninggalkan hospital. Ia sangat menyentuh hati dan sangat setia”.

Tambah Wu, “Walaupun Xiao Bao tidak dapat berbicara, kami dapat merasakan bahawa anjing ini pasti masih mencari pemiliknya.”

Namun setelah menerima beberapa aduan dari pesakit mengenai anjing tersebut, Persatuan Perlindungan Haiwan Wuhan telah membawa Xiao Bao ke pusat perlindungan untuk sementara waktu sebelum mencari pemilik yang baharu.

Sumber: torontosun.com