Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
warga emas 91 tahun tamat 10km
Kredit: @serembanpage via TikTok
Tiada Kategori

Tamat 10km Kurang 2 Jam, Warga Emas 91 Tahun Jadi Tumpuan

Athirah

Tamat 10km Kurang 2 Jam, Warga Emas 91 Tahun Jadi Tumpuan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, acara larian semakin mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Tidak kiralah sama ada berbentuk maraton penuh, separuh maraton, larian amal atau “fun run”, aktiviti ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental, malah menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Dalam masa sama, penyertaan dalam acara larian dapat memberi peluang untuk bergaul, meluaskan rangkaian persahabatan serta menyalurkan tenaga ke arah aktiviti yang positif.

Ia sekaligus menjadi trend anak muda masa kini bagi mengisi masa lapang dan beriadah bersama rakan mahupun keluarga. Namun begitu, siapa sangka acara sedemikian turut diminati golongan individu yang sudah berusia.

Warga emas berjaya tamatkan Marathon 10km

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 91 tahun menjadi tular di media sosial apabila turut menjadi peserta bagi acara PJ Half Marathon 2025 yang berlangsung pada 17 Ogos lalu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @serembanpage, peserta yang dikenali sebagai Ong Kim Hwa telah mengambil bahagian dalam larian jarak 10 kilometer (km) dengan masa maksimum diperuntukkan (cut-off time) selama dua jam.

Dengan usaha yang gigih dan semangat yang tidak mengenal erti putus asa, Uncle Ong berjaya memukau orang ramai apabila menamatkan larian dalam masa hanya 1 jam 46 minit sahaja.

Video berdurasi 22 saat memaparkan Uncle Ong seolah-olah gembira dengan pencapaiannya yang membanggakan. Beliau siap tunjuk tanda ‘peace’ ketika dirakam dan beberapa individu dilihat sempat berjabat tangan dengannya.

Menerusi kapsyen, @serembanpage memberitahu Uncle Ong dikatakan sudah membuat perancangan untuk menyertai acara larian yang seterusnya iaitu di Kepong, Kuala Lumpur.

Video tersebut mendapat 445.3k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa bangga dengan pencapaian dan memuji kekuatan Uncle Ong yang masih larat menyertai acara larian.

Pada masa yang sama, terdapat individu yang berkongsi pengalamannya menyertai kategori maraton yang sama dengan warga emas ini. Menurutnya, Uncle Ong tidak berlari laju, tetapi berjalan dengan pantas secara konsisten.

BACA: Lebih Mudarat Dari Jimat, Bahaya Guna Sabun Baju Pada Pinggan

Sumber: @serembanpage via TikTok