Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tanah jerlus ujian botol
Gambar: BERNAMA

Tanah Jerlus: Pasukan SAR Guna Pelbagai Kaedah Termasuk Lakukan Ujian Botol

Azizah Najib

Tanah Jerlus: Pasukan SAR Guna Pelbagai Kaedah Termasuk Lakukan Ujian Botol

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus telah menggunakan pelbagai kaedah, termasuk melakukan ujian melepaskan botol dari lurang kumbahan berdekatan lokasi kejadian, di Jalan Masjid India di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil ujian itu mendapati, objek berkenaan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke titik terakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

“Kalau mengikut aliran air, (laluan) sepanjang 5.3 hingga 6 kilometer dari lokasi kejadian tanah jerlus hingga ke loji IWK Pantai Dalam,” katanya selepas meninjau operasi SAR dan melawat keluarga mangsa di Jalan Masjid India di sini, hari ini.

BACA: Tanah Jerlus: Enam Lurang Kumbahan Dibuka Luaskan Kawasan Pencarian Mangsa

Razarudin berkata lebih 115 anggota pasukan SAR terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IWK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), terlibat dalam operasi yang masuk hari kelima hari ini.

Beliau berkata pasukan SAR turut menggunakan teknologi kamera di lurang kumbahan bagi mengesan mangsa.

“Pada hari ini juga Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains turut hadir melakukan pemantauan di lokasi kejadian, termasuk melakukan imbasan,” katanya.

BACA: Petanda Awal “Sinkhole”, Ini Yang Perlu Anda Perhatikan

Razarudin turut memaklumkan orang ramai tidak perlu khuatir dengan keadaan keselamatan di lokasi berhampiran kejadian dan jangan terpengaruh dengan maklumat di media sosial yang mendakwa kawasan Masjid India tidak selamat.

Pada Jumaat, seorang wanita Vijayaletchumi, 48, dari Andhra Pradesh, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jelus, ketika berjalan kaki di kawasan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR yang diaktifkan pada hari sama, antara lain telah menggunakan teknik flushing, jetter dan alat pengesan bawah tanah atau Radar Pengesan Bawah Tanah (GPR) untuk mencari mangsa, namun setakat ini masih belum menemukan wanita itu.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Elaun Untuk Anak & Cuti 3 Hari Seminggu, Ini 4 Negara “Best” Ramai Pekerja Suka