Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
tanah runtuh jalan ditutup
Kredit: Sinar Harian

Tanah Runtuh, Jalan Di KM 43.4 Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Sementara

Azizah Najib

Tanah Runtuh, Jalan Di KM 43.4 Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Sementara

IPOH, 25 Okt (Bernama) — Polis menutup sepenuhnya laluan di Kilometer 43.4 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands bermula hari ini susulan insiden tanah runtuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penutupan jalan di kedua-dua arah bermula 5 petang ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Polis menjalankan kawalan lalu lintas di sepanjang laluan yang terjejas dari semasa ke semasa.

“Penutupan jalan dilaksanakan ekoran masih terdapat pergerakan tanah berlaku di kawasan lokasi yang terjejas dan laluan amat berisiko untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

Sementara itu, JKR Daerah Kinta memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley itu pada 8 pagi, Rabu lepas.

“Hasil pemantauan mendapati runtuhan cerun masih aktif sepanjang masa walaupun cuaca baik dan dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya hujan.

“Situasi ini mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya kerana kemungkinan runtuhan pada skala besar akan berlaku jika pergerakan tanah masih berlarutan,” menurut kenyataan itu.

BACA: Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

Menurut kenyataan itu tindakan jangka pendek notis penutupan satu lorong telah dikeluarkan berkuat kuasa serta-merta dan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands sebagai jalan perhubungan sementara.

Menurut jabatan itu siasatan lanjut akan dijalankan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR bagi mengenal pasti punca runtuhan dan kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan selain pemantauan berterusan dijalankan sebagai persediaan awal untuk sebarang kemungkinan.

BACA: Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri Hingga Malam Ini

Sumber: Bernama