Seramai 128 orang penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dipindahkan ekoran tanah runtuh berhampiran bangunan tersebut, malam tadi.
Pemantauan telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lokasi kejadian kira-kira jam 9 malam.
Menurut Ketua Pusat Gerakan JBPM Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada jam 6:45 petang semasa hujan lebat.
Susulan kejadian itu, UIA mengarahkan kesemua penghuni yang membabitkan seramai 128 penuntut lelaki untuk mengosongkan kediaman tersebut.
Tambahnya lagi, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dan berkedalaman kira-kira tiga meter.
“Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar.
Sumber: Utusan Malaysia