Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tanah Runtuh: Laluan Mantin-Seremban Ditutup Sementara

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Bernama

SEREMBAN, 17 Nov (Bernama) — Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan serta pemotongan batang pokok besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin Priscilla Carol Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.06 pagi tadi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan hanya menyebabkan laluan utama terputus iaitu bagi kedua-dua arah Mantin-Seremban yang melalui Bukit Mantin terhalang,” katanya kepada Bernama.

Katanya, anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan juga ke lokasi kejadian bagi membantu pembersihan tanah dan batu yang runtuh di lokasi kejadian, manakala penduduk setempat dinasihatkan berjaga-jaga di kawasan tersebut.

Sumber: Bernama