Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara rasmi membuka kedutaan UAE di Israel hari ini setelah menandatangani perjanjian normalisasi di Washington tahun lalu. Kedutaan tersebut bertempat di sebuah bangunan baharu di ibu kota Tel Aviv.
Perasmian tersebut turut dihadiri presiden baru Israel, Presiden Isaac Herzog. Duta UAE di Israel, Mohamed al-Khaja menyifatkan pembukaan kedutaan tersebut sebagai hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara.
UAE dan Israel turut menandatangani pelbagai perjanjian, termasuk usahasama dari sektor perlancongan, penerbangan dan kewangan. UAE merupakan negara Arab ketiga yang mengiktiraf Israel.
Dengan hubungan diplomatik antara Israel dengan UAE, maka Bahrain, Morocco dan Sudan turut membina hubungan baik dengan negara tersebut.
Sumber: France 24