Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tangkap Layar Tular Kelepasan Am 3 Feb Adalah Palsu – JPM

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Tangkap layar yang tular di media sosial mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Feb 2022 adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi catatan di Facebook hari ini memaklumkan bahawa maklumat yang tertera di atas tangkap layar dengan tajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 ’ adalah tidak benar.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut hantaran itu.

— BERNAMA