Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tanpa Guna Racun, Berikut Antara 3 Langkah Selamat ‘Halau’ Serangga Dari Rumah

Anda pernah mengalami keadaan di mana rumah anda dimasuki serangga seperti lipas, nyamuk dan semut. Penggunaan racun sangat mudah untuk menyingkirkan serangga. Tetapi, penggunaan racun serangga sangat bahaya terutama jika mempunyai anak kecil dan binatang peliharaan di rumah.

Laman Brightside telah menemukan cara untuk anda menyingkirkan serangga-serangga kecil ini dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat. Bahan yang mudah di dapati di rumah anda.

1. Cara menghilangkan lipas

  • Potong bawang kepada bahagian-bahagian kecil.

  • Campurkan bahan tersebut dengan baking soda.

  • Letakkan campuran tersebut di tempat lipas sering lalu.

2. Cara hilangkan semut.

  • Letakkan tepung jagung di tempat semut berkumpul.

  • Tunggu beberapa minggu untuk melihat hasilnya.

3. Cara hilangkan nyamuk.

  • Masukkan minyak lavender, pudina dan kayu putih ke dalam span yang bersih.

  • Letakkan span di dalam bekas tertutup selama 24 jam.

  • Buka balang dan biarkan bau menyebar ke seluruh ruang.

Jadi sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk menghalang serangga-serangga ini dari masuk ke dalam rumah anda. Selamat mencuba.

Sumber: brightside.me