Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Taylor Swift, Travis Kelce Umum Bertunang

Hannah
taylor swift bertunang
Gambar: Taylor Swift/IG

Taylor Swift, Travis Kelce Umum Bertunang

Selepas dua tahun bercinta, bintang pop terkenal Taylor Swift akhirnya mengumumkan pertunangannya dengan pemain bola sepak Kansas City Chiefs, Travis Kelce.

Berita gembira itu diumumkan pada Selasa melalui Instagram, disertai gambar-gambar lamaran dan cincin berlian besar berbingkai emas kuning.

Pengumuman tersebut jelas menjadi sorotan apabila menerima lebih satu juta “repost” dalam masa kurang enam jam, selain meraih lebih 14 juta tanda suka hanya dalam tempoh sejam.

Untuk info, percintaan mereka bermula pada 2023 apabila Kelce menonton konsert jelajah Eras Tour Swift di Kansas City, Missouri.

Dalam podcast beliau bersama abangnya berjudul New Heights, Kelce mendedahkan bahawa beliau cuba memberi Swift seutas gelang yang tertera nombor telefonnya.

Walaupun percubaan awal itu gagal, Swift akhirnya mengetahui tentang niat Kelce. Dalam satu temu bual bersama Time pada tahun sama, Swift mengakui bahawa tindakan Kelce itu cukup berani dan menarik perhatiannya.

Tidak lama kemudian, pasangan ini mula berjumpa dan akhirnya tampil buat pertama kali di khalayak umum pada September 2023. Ketika itu, Swift hadir menyokong Kelce dalam perlawanan menentang Chicago Bears.

Umum mengetahui bahawa Swift memang terkenal dengan penciptaan lagu berdasarkan pengalaman hidup dan kisah cintanya. Hubungan bersama Kelce juga tidak terkecuali daripada menjadi sumber inspirasinya.

Album terbarunya, The Tortured Poets Department yang dilancarkan pada 2024, dipercayai memuatkan lagu yang ditulis khas mengenai Kelce. Antara lagu tersebut ialah The Alchemy dan So High School.

Menariknya, lagu So High School turut dijadikan muzik latar dalam video pengumuman pertunangan mereka di Instagram, menjadikan momen itu lebih istimewa buat para peminat.

BACA: Bukan Biasa-Biasa, Cerita Pasal Tokti Ada Dalam Buku Teks Sekolah Filipina

BACA: KPop Demon Hunters Kini Filem Netflix Paling Popular Sepanjang Masa

BACA: Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Sumber: NBC News