Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Teka-Teki KM Sabah Bakal Terjawab, Bung Mokhtar, Hajiji Ke Istana Negeri

KOTA KINABALU, 27 Sept (Bernama) — Teka-teki siapakah ketua menteri Sabah yang bakal menerajui pentadbiran kerajaan negeri baharu bagi penggal berikutanya mungkin akan diketahui beberapa jam lagi.

Ini berikutan kedua-dua pemimpin yang disebut-sebut sebagai calon ketua menteri iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat memasuki perkarangan Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri.

Bung Moktar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dilihat memasuki perkarangan Istana lengkap berpakaian sut dengan bertali leher dan bersongkok pada jam 2.27 petang.

Selang beberapa minit selepas itu, Hajiji yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman turut dilihat mengenakan pakaian sama memasuki perkarangan Istana Negeri sambil melambai tangan ke arah pengamal media.

Terdahulu, kedua-dua peneraju utama parti di Sabah itu menghadiri mesyuarat antara pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sebuah hotel di sini tengah hari tadi.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin pula ketika ditemui pemberita berkata perbincangan telah berjalan dengan baik.

“Semua orang senyum, tiada isu,” katanya.

— BERNAMA