Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Telur Sepapan RM80 & 1 Liter Petrol RM55, Harga Barang Di Gaza Dilapor Melambung Tinggi

Harga barangan keperluan di Gaza
Kredit Facebook/ Dr Ziad Shehada

1 Kilo Tomato RM20 & 1 Liter Petrol RM55, Harga Barang Di Gaza Dilapor Melambung Tinggi

Selepas dua bulan konflik meletus di Gaza, harga barang keperluan terutamanya barang mentah untuk penyediaan makanan disana dilapor naik melambung tinggi.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) MyCare yang berkongsi hantaran daripada Pengurus Besar MyCare di Gaza, Dr Ziad Shehada.

Menurut Dr Ziad Shehada, kenaikan mendadak itu berpunca daripada permintaan yang tinggi, manakala bekalan pula sangat terhad sepanjang konflik berlangsung.

Harga barang keperluan di Gaza naik melambung tinggi

Beliau turut berkongsi senarai harga semasa beberapa barang keperluan di Gaza seperti bawang, tomato, timun, terung, beras, pasta dan telur.

Harga semasa 1 kilogram bawang di Gaza ketika ini adalah RM12. Manakala sekilogram barangan lain seperti timun dijual pada harga RM15, tomato (RM20), terung (RM13), pasta (RM22) dan beras (RM15).

Manakala harga bagi sepapan telur pula dijual pada harga RM80. Selain itu, harga bagi minyak petrol juga naik mendadak dengan seliter dijual pada harga RM55.

Harga air bersih yang merupakan keperluan utama manusia juga dilapor naik mendadak. Menurut senarai itu, harga satu kereta kecil air bersamaa 2000 liter dijual pada harga RM200.

Berdasarkan hantaran tersebut, harga yang dipaparkan adalah harga barangan keperluan di Gaza pada 6 Disember 2023.

Kredit Facebook

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) adalah Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

MyCARE aktif memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang dilanda konflik meliputi kawasan di Asia Tenggara termasuk Myanmar, Filipina, Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Selain itu, MyCARE juga terlibat dalam memberikan bantuan kepada negara yang dilanda perang seperti Palestin, Syria, Lubnan, Iraq dan Yaman.

MyCARE juga secara aktif menyediakan bantuan kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir dan tempat perlindungan sementara di dalam negara.

Antara bantuan-bantuan yang disediakan MyCare termasuk bantuan membina semula rumah, sumbangan makanan dan pendidikan.

BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Sumber: Facebook/Dr Ziad Shehada