Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tengok Pun ‘Kecut Perut’, Penumpang Panik Kereta Kabel Bergoyang Ketika Gempa Di Colombia

Kereta Kabel Bergoyang
Kredit: latinus_us

Colombia telah dilanda gempa bumi bermagnitud 7.4 pada Selasa dan mengakibatkan 241 orang terkorban.

Selain itu, ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan mengalami kecederaan susulan bencana alam tersebut.

Di media sosial, tular detik-detik ketika gegaran berlaku termasuk video yang memaparkan keadaan panik dialami beberapa pengunjung yang sedang berada di dalam kereta kabel.

Kereta kabel bergoyang

Menerusi video tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di wilayah Cali.

Beberapa orang penumpang dilihat ketakutan apabila kereta kabel yang dinaiki mereka bergoyang dengan sangat kuat ketika gempa berlaku.

Malah, wanita yang merakam video menjerit ketika kejadian.

Seorang lelaki juga turut berdoa dengan wajah yang panik.

Mujurlah mereka semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut merasa takut melihat keadaan itu.

"Tempat yang paling tak mahu berada ketika gempa bumi melanda," kata seorang netizen.

Dalam satu lagi video yang lain, ABC melaporkan bahawa beberapa penumpang terkandas ketika gempa berlaku.

Sementara itu, bencana terbabit turut memberi tekanan besar kepada sebahagian sistem kesihatan negara, sekali gus menjadikan operasi menyelamat berkenaan antara tindak balas bencana terbesar di Colombia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Rumah itu runtuh menimpa kami. Saya tidak dapat keluar. Kira-kira sejam diperlukan untuk mengeluarkan kami," kata Beatriz Arcos, yang terperangkap bersama suami dan ibunya di bawah runtuhan kondominium mereka.

Arcos berkata dia dimasukkan ke hospital selepas bongkah konkrit jatuh mengenai belakangnya. Suami dan ibunya turut mengalami kecederaan.

Presiden Abelardo de la Espriella mengisytiharkan darurat dan menjanjikan subsidi sewa kepada keluarga yang terjejas pada Selasa ketika melakukan lawatan ke Pereira.

Amerika Syarikat pula mengumumkan bantuan kecemasan berjumlah AS$15.5 juta, manakala mesej sokongan serta tawaran bantuan diterima dari seluruh dunia.

Ketika gempa susulan terus menggegarkan bandar-bandar yang rosak, pasukan penyelamat meneruskan pencarian di celah runtuhan dengan harapan masih ada suara, ketukan atau siulan yang dapat didengar.

Intipati
  • Gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda Colombia pada Selasa, mengorbankan 241 orang.
  • Video tular memaparkan penumpang kereta kabel dipercayai panik ketika gegaran berlaku di Cali.
  • Presiden mengisytiharkan darurat, manakala pasukan penyelamat masih mencari mangsa di kawasan runtuhan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan