Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mesej whatsapp zayn hilang
Kredit: Bernama

Terdapat Mesej WhatsApp ‘Zayn Hilang’ ‘Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati’ Milik Dua Individu – Saksi

Azizah Najib

Terdapat Mesej WhatsApp ‘Zayn Hilang’ ‘Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati’ Milik Dua Individu – Saksi

PETALING JAYA, 7 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat beberapa mesej perbualan WhatsApp daripada nombor telefon bimbit milik dua individu berkaitan dengan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin sebelum dan pada hari kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Mohd Zaidi Abu Hassan, 43, berkata tertera perbualan WhatsApp iaitu ‘Zayn hilang’, ‘dia lari’,’lantaklah nak hidup ke nak mati’, ‘letih gila aku mencari’ dan ‘geram betullah’ yang mana kesemua mesej itu dihantar sekitar 12 tengah hari, 5 Disember 2023.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi mengenai beberapa perbualan WhatsApp bertarikh 20 Jun 2023, Mohd Zaidi berkata antaranya ialah ‘stressnya sampai rasa nak bunuh orang je’,’kena belasah dah sekor-ekor’,’aku nak rehat pun tak leh’,’hang belasah jela sampai puas’ dan ‘pastu sakit ke mati ke baru tahu’.

“Terdapat juga dua mesej bertarikh 11 Oktober 2023 iaitu ‘stress gilalah dengan Zayn ni’ dan ‘macam nak bunuh diri je sekarang’,” katanya semasa memberi keterangan pada perbicaraan hari ke-14 kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-25 itu tidak dapat mengesahkan pemilik kedua-dua nombor telefon bimbit berkenaan.

Mohd Zaidi yang berkhidmat sebagai pakar forensik selama 18 tahun berkata dua telefon bimbit yang dirampas semasa siasatan, satu daripadanya ialah jenama iPhone menggunakan iCloud yang didaftarkan atas nama ibu Zayn manakala telefon Huawei menggunakan akaun Google atas nama bapa Zayn.

Terdahulu, Mohd Zaidi semasa membacakan pernyataan saksinya berkata pada 4 Jun 2024 beliau telah diserahkan satu beg plastik yang mengandungi dua telefon bimbit iaitu berjenama Huawei dan iPhone yang berada dalam keadaan baik.

“Berdasarkan borang permohonan untuk pemeriksaan atau analisis barang kes, pegawai penyiasat menghendaki pemeriksaan dibuat terhadap barang kes telefon bimbit untuk mengeluarkan apa-apa video, mesej, gambar yang telah dipadam dari telefon bimbit. Mengeluarkan kandungan mesej perbualan Whatsapp dari telefon bimbit bertanda iaitu perbualan antara B1 dan B2 (kedua-dua suspek) atas nama WhatsApp ‘Baby Sayang’ bertarikh 20 Jun 2023, 11 Oktober 2023, 20 November 2023, 1 Disember 2023 dan 5 Disember 2023.

“Saya menjalankan analisa ini dengan menggunakan peralatan XRY – Mobile Data Forensic Phone Extraction & Recovery untuk telefon bimbit. Kaedah yang digunakan adalah dengan memastikan barang kes ini dalam keadaan baik,” katanya.

Pada 13 Jun 2024, ibu dan bapa Zayn kedua-duanya berumur 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar Jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bersambung esok.

Sumber: Bernama

BACA: Dakwaan Kes Buli Di MRSM, Pelajar Terlibat Akan Dikenakan Tindakan Tegas

BACA: “Salah Pijak, Boleh Terjelus,” Anggota Bomba Kongsi Detik Gerun Di Ground Zero