Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kod qr ternakan
Gambar: Dr Azman Ibrahim/FB

Terengganu Cadang Gubal Enakmen Wajibkan Pemasangan Kod QR Ternakan

Hannah

Terengganu Cadang Gubal Enakmen Wajibkan Pemasangan Kod QR Ternakan

KUALA BERANG (Bernama) — Kerajaan Terengganu akan menggubal enakmen baharu yang mewajibkan pemilik ternakan memasang kod QR pada haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim berkata langkah itu bagi menangani masalah haiwan ternakan yang berkeliaran sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan mengakibatkan kerosakan harta benda awam.

Beliau berkata dengan adanya kod QR berkenaan, proses mengenal pasti pemilik dapat dilakukan dengan cepat dan tindakan undang-undang boleh diambil sebagai pengajaran.

“Kerajaan negeri sedang melihat dengan serius keperluan bagi mewujudkan Enakmen Kawalan Ternakan Ruminan bagi mengawal selia kegiatan penternakan.

“Pada masa ini, kita hanya ada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT), yang membolehkan ternakan ditangkap untuk dilelong dan sebagainya.

“Namun, setakat itu sahaja. Kita perlu undang-undang tegas untuk selesaikan masalah yang dah berlarutan berpuluh-puluh tahun,” katanya pada Program Pelepasan Benih Ikan, Penyerahan Bantuan Peralatan dan Insentif Input Akuakultur serta Pelancaran Kajian Penandaan Peralatan Menangkap Ikan Nelayan Darat di Sungai Terengganu, Kampung Temir.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Pang Nyukang.

Dalam pada itu, Dr Azman berkata sebanyak 346,000 benih ikan dan udang termasuk daripada spesies baung sungai, lampam sungai, siakap dan kelah akan dilepaskan ke seluruh perairan Terengganu pada tahun ini menggunakan peruntukan negeri.

Selain itu, bermula Januari hingga 15 Jun lepas, sebanyak 596,000 benih ikan telah dilepaskan ke perairan Sungai Kemaman, Sungai Ibai dan Tasik Kenyir menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

“Untuk program memperkayakan sumber perikanan pula, kerajaan negeri akan menenggelamkan 94 tukun tiruan di perairan Terengganu bermula esok di Pulau Redang.

“Program yang telah kita mulakan beberapa tahun lepas mula membuahkan hasil apabila jumlah pendaratan ikan semakin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

BACA: Wae Selamos, Tok Singa & Dua Rakan Dipenjara Tiga Tahun Pukul Pensyarah Hingga Buta

Sumber: BERNAMA